Para bekas penduduk Kampong Gelam gamit memori di perjumpaan Hari Raya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 220 bekas penduduk Kampong Gelam kembali berhimpun pada Sabtu (18 Apr), memeriahkan hari-hari terakhir bulan Syawal dengan penuh nostalgia, gelak tawa dan kenangan lama.
Mereka menerima undangan khas daripada Kampong Gelam Alliance (KGA) bagi menghadiri acara Undangan Hari Raya Kampong Gelam di Pondok Jawa yang terletak bersebelahan 45 Sultan Gate.
Tempat pada suatu ketika dahulu menjadi nadi kehidupan masyarakat Jawa di kawasan itu.

Ia sekali gus menggamit memori para bekas penduduk kawasan itu, termasuk Hajjah Suppiah Haji Ali, 91 tahun.
Beliau dahulu menetap di Kampong Tembaga yang terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai Bussorah Street.
Para penduduk yang hadir di acara tersebut termasuk yang dahulu tinggal di Kampong Jawa, Kampong Kaji, Kampong Tembaga, Kampong Intan, dan Kampong Dalam.

Hajjah Suppiah berkata: "Nenek lahir di sini (pada tahun 1934) dan tahun 50an kita pindah ke Kampung Melayu. Tak boleh cakap perasaan pada hari ini dapat jumpa kawan-kawan lama semua tetapi semua sudah uzur, ada yang tidak kuat tetapi semua masih kenal, " kongsinya.
Acara itu menyajikan acara seperti nyanyian, tarian, kuiz spontan serta jamuan.
Para tetamu bekas penduduk Kampong Gelam juga dapat mengimbau hidangan menerusi pelbagai jenis hidangan dan kuih-muih yang dahulu jadi hidangan bagi para penduduk seperti Mee Mydin, Mee Siam Kasar dan Pisang Lemper.

"Hari ini, nenek sangat gembira sebab tempat lama, makanan lama, di tempat yang nenek masih ingat. Sekalipun umur dah lanjut, lebih 90 tahun, tetapi apa yang berlaku, apa yang terjadi dekat kampung tak ada lupa sikit pun hingga hari ini," tambah beliau lagi.
"Dahulu, kita ada Wak Lan yang menjual Nasi Jenganan dan Nasi Rawon di rumah. Bagi saya banyak nostalgia, boleh ingat kenangan dulu," kongsi seorang lagi bekas penduduk Kampong Tembaga, Hajjah Fatimah Haji Ismail, 81 tahun.
Turut hadir di acara itu adalah generasi-generasi seterusnya dari keluarga bekas-bekas penduduk Kampong Gelam.

"Kalau boleh setiap tahun (acara ini diadakan) kerana orang-orang lama sudah semakin berusia. Jadi, kita harus turunkan budaya ini kepada generasi yang akan datang. Kalau tidak, ia akan lesap dan nanti tiada lagi Kampong Gelam, " terap Hajjah Fatimah.
"Tapi kita sudah tak tinggal di sini lagi. Jadi macam lain sikitlah. Dan bagi tahun hadapan, pastinya nak adakan lagi (acara sebegini), kalau boleh tiap-tiap tahun. Semua orang yang orang lama, sudah semakin menua. Jadi kita harus turunkan budaya ini kepada generasi yang akan datang. Kalau tidak, ia akan lesap dan nanti tiada lagi Kampong Gelam," ujar Hajjah Fatimah.
Hajjah Supiah pula menambah: "Tiap-tiap tahun (diadakan) pun boleh, kalau tak begitu, kita tidak dapat jumpa sebab masing-masing semua dah jauh pindah. Ada yang di Sembawang, ada yang di Jurong jadi nak jumpa susah kalau tak betul-betul kita berjanji kan kita tak dapat jumpa."
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim turut turun padang untuk beramah mesra dengan para bekas penduduk Kampong Gelam di acara itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/SF/sf
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.