Para bakal jemaah Haji SG wajib dapatkan tiga jenis vaksinasi sebelum berangkat ke Tanah Suci
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semua bakal jemaah haji dari Singapura diwajibkan mendapatkan tiga jenis vaksinasi sebelum berangkat menunaikan ibadah haji pada bulan depan.
Kemas kini itu diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) selepas perundingan bersama Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataan media pada Jumaat (9 Mei).
Langkah itu bertujuan melindungi kesihatan para jemaah sepanjang perjalanan mereka serta memberikan perlindungan lebih menyeluruh terhadap risiko jangkitan semasa berada di luar negara.
Selain vaksin meningitis meningococcal yang sudah lama diwajibkan, semua bakal jemaah haji dari Singapura yang akan menunaikan ibadah Haji pada Jun ini juga perlu melengkapkan vaksinasi bagi influenza dan COVID-19 sebelum berlepas ke Arab Saudi.
Berikut adalah garis panduan vaksinasi yang perlu dipatuhi:
Vaksin meningococcal: Perlu dilengkapkan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum berlepas dan jemaah mesti mengemukakan bukti vaksinasi.
Vaksin COVID-19: Jemaah perlu menunjukkan bukti sama ada telah menerima satu dos vaksin terkini bagi musim 2024–2025, melengkapkan siri vaksinasi utama, atau pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 yang disahkan makmal sepanjang tahun 2024.
Vaksin influenza: Wajib diambil dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh perjalanan dan disertakan dengan bukti penerimaan vaksin.
Menurut MOH dan CDA, MUIS telahpun memaklumkan keperluan vaksinasi terkini itu kepada para bakal jemaah melalui maklumat Haji agar mereka mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan.
Di samping itu, bakal jemaah juga disyorkan mengambil vaksinasi yang disarankan di bawah Jadual Imunisasi Dewasa dan Jadual Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan.
Golongan warga emas dan mereka yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu disarankan mendapatkan vaksin pneumokokal sebelum berangkat.
Sebagai sebahagian daripada perancangan perjalanan yang selamat, bakal jemaah digesa berjumpa dengan penyedia khidmat penjagaan kesihatan masing-masing sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu sebelum berangkat.
Tujuannya adalah untuk menjalani penilaian risiko kesihatan perjalanan serta mendapatkan nasihat berkaitan vaksinasi wajib atau disarankan dan ubat-ubatan pencegahan sebelum menempah pakej Haji daripada ejen pelancongan yang dilantik MUIS.
Bagi memudahkan pemeriksaan di sempadan semasa ketibaan di Arab Saudi, jemaah turut digalakkan membawa sijil vaksinasi dalam bentuk fizikal serta rekod digital melalui aplikasi HealthHub.
Menurut MOH, para jemaah Singapura yang merancang untuk menunaikan ibadah Umrah ke Arab Saudi juga disarankan agar mengikuti saranan vaksinasi yang sama seperti jemaah Haji bagi memastikan perlindungan kesihatan yang lebih menyeluruh sepanjang perjalanan mereka.
Maklumat lanjut mengenai vaksin yang disyorkan dan subsidi yang tersedia boleh didapati di laman CDA.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.