Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para AP utarakan keprihatinan berhubung respons pemerintah terhadap virus korona baru

Seramai 17 Anggota Parlimen mengutarakan keprihatinan mereka berikutan kenyataan-kenyataan kementerian berhubung respons pemerintah terhadap situasi virus korona baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Feb 2020 11:06PM Dikemas Kini : 03 Feb 2020 11:27PM

SINGAPURA: Seramai 17 Anggota Parlimen mengutarakan keprihatinan mereka berikutan kenyataan-kenyataan kementerian berhubung respons pemerintah terhadap situasi virus korona baru.

Antara soalan yang diajukan oleh AP Jalan Besar, Dr Lily Neo adalah sama ada golongan pekerja boleh mendapatkan pensijilan rasmi mengesahkan mereka bebas dari virus itu apabila pulang bekerja.

Menjawab, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata, tiada pensijilan seperti itu oleh kerana jangkitan itu mungkin boleh timbul semula dalam masa beberapa hari.

Oleh itu, beliau menggesa para majikan supaya tidak menghantar para pekerja mereka ke hospital bagi mendapatkan pengesahan kerana ia boleh menambah tekanan kepada pihak hospital.

Soalan mengapa pelitup muka dibahagi-bahagikan di pusat-pusat pengumpulan pelitup dan tidak melalui pos, turut ditimbulkan.

Menteri Pembangunan Negara, Lawrence Wong berkata langkah yang diambil itu adalah untuk mengelakkan pembaziran memandangkan terdapat rumah-rumah yang mungkin tidak memerlukan pelitup.

AP GRC Sembawang Lim Wee Kiak pula menyoal mengapa rakyat Singapura dengan simptom-simptom virus korona masih lagi terkandas di Wuhan.

Menteri Ehwal Luar, Vivian Balakrishnan memberi penjelasan dari sudut perubatan bahawa ia adalah tidak wajar untuk meletakkan mereka yang mempunyai virus tersebut ke dalam pesawat lebih-lebih lagi kerana ia adalah wabak global.

Beliau menambah Singapura akan bekerja rapat dengan pihak berkuasa China dan menghulurkan bantuan. 

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan