Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para AP & pemimpin masyarakat sokong inisiatif penuaan aktif; skim sokongan kewangan sementara

Inisiatif pemerintah untuk menyokong penuaan aktif termasuk program yang dipertingkat untuk beri sokongan buat golongan warga emas dialu-alukan AP GRC Bishan-Toa Payoh, Saktiandi Supaat.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Inisiatif pemerintah untuk menyokong penuaan aktif termasuk program yang dipertingkat untuk beri sokongan buat golongan warga emas dialu-alukan AP GRC Bishan-Toa Payoh, Saktiandi Supaat.

Semasa menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan dalam bahasa Inggeris, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkongsi beberapa penambahbaikan yang boleh dijangkakan.

Di bawah program Peningkatan Bagi Warga Emas Aktif (EASE 2.0) misalnya, lebih banyak akan dilakukan untuk jadikan kawasan rumah dan perumahan lebih mesra warga emas.

Bagi kawasan yang ramai dengan penduduk warga emas seperti Toa Payoh, Encik Saktiandi menyambut baik pengumuman itu.

"Saya ada ramai penduduk warga usia senja, jadi laluan penghubung berteduh, laluan pejalan kaki yang lebih besar untuk mereka yang lanjut usia, mereka memerlukan pertolongan ini semua jadi saya rasa penduduk saya akan berterima kasih jika ia dilakukan dengan cepat sekali," kata Encik Saktiandi.
SKIM BAHARU BERI DORONGAN TAMBAHAN BUAT PENCARI KERJA

Bagi golongan pencari kerja pula, PM Lee turut mengumumkan satu skim sokongan kewangan sementara bagi mereka yang diberhentikan kerja dan semasa mereka tingkatkan kemahiran.

Naib Presiden NTUC, Encik Abdul Samad Abdul Wahab menyokong langkah tersebut dan melihatnya sebagai dorongan tambahan buat golongan pencari kerja.

"Ia harus lagi merangsangkan kita untuk mempercepatkan lagi mendapatkan pekerjaan. Apa yang saya harap bagi pekerja di sana untuk jadikan bantuan ini dalam mengatasi kesusahan masa yang singkat dan cepatlah mendapatkan kemahiran yang baru dan mendapat pekerjaan," ujar Encik Abdul Samad, yang juga mantan Anggota Parlimen yang Dilantik (NMP).
Seruan PM untuk rakyat merebut peluang dalam sektor-sektor berkembang termasuk bidang digital disambut baik sebilangan pemimpin masyarakat.

Dengan pekerjaan dan tangga gaji yang lebih baik, ia juga akan memberi kesan positif kepada masyarakat.

Pengarah Eksekutif, AMP Encik Mokhsin Rashid berkata: "Kepentingan masyarakat Melayu yang khususnya masyarakat Islam Singapura supaya kami dapat merapatkan lagi jurang sosioekonomi status kami di garisan purata kebangsaan. Jadi ini antara kepentingan-kepentingan isu-isu yang akan membantu masyarakat Melayu/Islam Singapura dari segi kos sara hidup sedangkan sekarang ini sedang banyak meningkat inflasi dan sebagainya."

"Dengan peluang dan inisiatif yang diberikan dari Workforce Singapore dan SkillsFuture Singapore, ia akan dapat memperkasakan lagi para warga pekerja masyarakat Islam Singapura," tambahnya.

Butiran lanjut tentang skim sokongan kewangan sementara itu akan dikongsi apabila pemimpin 4G menggulung inisiatif Forward SG.
Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan