Para AP mahu pencerahan bagaimana S'pura kekalkan hak kedaulatan
Anggota Parlimen pada Isnin (14 Jan), mengemukakan keprihatinan terhadap hubungan dua hala Singapura-Malaysia iaitu bagaimana kedua-dua negara boleh menghuraikan pelbagai isu yang wujud.
SINGAPURA: Anggota Parlimen pada Isnin (14 Jan), mengemukakan keprihatinan terhadap hubungan dua hala Singapura-Malaysia iaitu bagaimana kedua-dua negara boleh menghuraikan pelbagai isu yang wujud.
Para AP juga mahukan pencerahan bagaimana Singapura boleh mengekalkan hak-hak kedaulatannya dan sama ada tindakan lebih tegas harus diambil dalam berurusan dengan negara jiran.
Meskipun para AP bersetuju tentang perlunya menghuraikan pertikaian antara Malaysia dengan Singapura, ada yang mempersoalkan kemungkinan kedua-dua negara boleh mencapai huraian secara aman.
AP GRC Nee Soon, Lee Bee Wah bertanya mungkinkah Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, salah kira atau membuat pengiraan yang berbeza apabila membuat dakwaan bahawa ILS akan mengekang pembangunan Pasir Gudang.
Memberikan reaksinya, Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan berkata Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan dan Encik Loke dijadualkan bertemu, mungkin hujung bulan ini.
Dr Balakrishnan juga berkata beliau tidak mahu terlibat dalam spekulasi mengenai asas Encik Loke membuat pengiraan dan andaiannya mengenai ILS.
Mengenai pertanyaan AP GRC Aljunied Pritam Singh sama ada kerajaan Malaysia ikhlas mahu menghuraikan pelbagai isu dua hala dengan cara yang saling menguntungkan, Dr Balakrishnan berkata beliau yakin semua interaksinya dengan Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali, adalah ikhlas, membina dan membantu.
Dan beliau percaya dan berharap ia juga mencerminkan sentimen orang ramai di Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.