Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para AP lahir rasa gembira dapat berkumpul, beraya dengan keluarga tersayang

Para Anggota Parlimen Melayu/Islam melahirkan rasa gembira dapat berkumpul bersama keluarga tersayang pada Hari Raya kali ini selepas dua tahun mengharungi musim pandemik.

Anggaran Waktu Membaca:
Para AP lahir rasa gembira dapat berkumpul, beraya dengan keluarga tersayang

Gambar fail sebuah keluarga di Singapura menyambut Hari Raya.

SINGAPURA: Para Anggota Parlimen Melayu/Islam melahirkan rasa gembira dapat berkumpul bersama keluarga tersayang pada Hari Raya kali ini selepas dua tahun mengharungi musim pandemik.

Antara yang berkongsi kegembiraannya ialah Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman.

Malah beliau juga menyifatkan perayaan tahun ini sebagai "lebih istimewa".

"Saya amat gembira kerana kini kita dapat meraikan dan berkumpul untuk membuat #RayaIstimewa.

"Dan kita akan dapat menziarahi keluarga dan berkongsi keberkatan di bulan Syawal!

"Dengan kelonggaran langkah pengurusan yang selamat, pasti kami akan menjadikan Hari Raya tahun ini lebih istimewa sambil kami terus menjaga keselamatan diri."

Dr Maliki juga menasihatkan masyarakat supaya terus berwaspada semasa beraya.

"Marilah kita menyambut perayaan Hari Raya ini dengan penuh semangat dan kegembiraan. Dalam masa yang sama, teruslah berwaspada supaya kita terus sihat dan selamat," tulis beliau.

ZAQY TURUT BERASA LEGA DAPAT SAMBUT RAYA

Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad juga melahirkan rasa lega akhirnya menyambut Raya dengan orang-orang tersayang.

"Satu pengajaran yang kita boleh ambil adalah untuk menghargai kehadiran saudara-mara kita.

"Sambil kita menikmati juadah Hari Raya Aidilfitri, marilah kita mengingati bahawa inilah masanya kita bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturahim bersama anggota masyarakat," ujar Encik Zaqy.

LAHIR PENGHARGAAN KEPADA PASUKAN BAZAR

Dalam pada itu, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara melahirkan penghargaan kepada pasukan yang menganjurkan bazar di Wisma Geylang Serai (WGS).

"Sepanjang bulan lalu adalah pengalaman bazar yang bermakna di WGS. Saya harap anda menikmati suasana dan pengalaman membeli-belah di sana.

"Saya gembira melihat wajah-wajah ceria pengunjung di bazar serta pegerai, yang bersama-sama dengan pasukan WGS dan Orange SG menjadikan perjalanan ini sesuatu yang bermakna.

"Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin," kata Dr Faishal.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan