Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para AP gesa dasar harga karbon ditentukan dengan teliti

Para Anggota Parlimen (AP) menggesa dasar harga karbon ditentukan dengan teliti supaya dapat memastikan ia bukan saja mengurangkan pengeluaran gas karbon dengan berkesan namun juga memberikan perniagaan masa secukupnya untuk beralih kepada ekonomi hijau.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jan 2022 08:25PM Dikemas Kini : 12 Jan 2022 08:56PM

SINGAPURA: Para Anggota Parlimen (AP) menggesa dasar harga karbon ditentukan dengan teliti supaya dapat memastikan ia bukan saja mengurangkan pengeluaran gas karbon dengan berkesan namun juga memberikan perniagaan masa secukupnya untuk beralih kepada ekonomi hijau.

Itulah antara perkara utama dalam usulan privet anggota parlimen terhadap peralihan Singapura menjadi masyarakat jejak karbon yang rendah.

Pemerintah bakal mengumumkan cukai karbon yang meningkat dalam Belanjawan Negara 2022 pada Februari nanti.

Sedang negara-negara merata dunia menyertai pasaran karbon untuk mengurangkan penggunaannya, para AP berpendapat Singapura boleh memanfaatkan peluang itu untuk menjadi hab penting di rantau Asia.

Selain itu, seorang lagi AP berpendapat negara ini mempunyai peranan untuk dimainkan dalam membantu rantau ini melaksanakan rangka kerja dan piawaian bagi pasaran karbon di Asia.

Ini selain memastikan ia boleh saling beroperasi dengan pihak-pihak lain di dunia.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan