Para AP gesa agar usaha ditingkatkan lindungi kesejahteraan rakyat
SINGAPURA: Sedang Singapura melangkah ke era pasca pandemik, para Anggota Parlimen (AP) menyeru agar lebih banyak usaha dilakukan bagi melindungi kesejahteraan rakyat.
Ini termasuk gesaan AP Parti Pekerja He Ting Ru agar keluarga diberi akses lebih mudah bagi mendapatkan bantuan pakar.
Menurut beliau, COVID-19 menimbulkan pelbagai isu seperti kesepian hidup dan cabaran kesihatan mental.
Ini boleh menjejas usaha Singapura meningkatkan daya tahan warga.
Para AP yang lain turut menarik perhatian betapa persaingan dan gangguan digital telah menyebabkan tekanan dan kebimbangan yang lebih tinggi.
AP GRC Nee Soon Carrie Tan contohnya, menggesa agar pemerintah menimbangkan model kemajuan alternatif yang mengutamakan kesejahteraan warga.
Encik Eric Chua, AP GRC Tanjong Pagar pula, menyeru agar kemampuan keluarga menapis pelbagai kesan negatif dunia digital dapat diperkukuh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.