Para AP alu-alukan langkah bantu pekerja pertengahan kerjaya tingkatkan kemahiran
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para Anggota Parlimen (AP) mengalu-alukan langkah untuk membantu pekerja pertengahan kerjaya meningkatkan kemahiran mereka, termasuk tokokan S$4,000 serta elaun latihan bagi beberapa kursus sepenuh masa.
AP GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal berkata, tidak dapat dinafikan bahawa memang sukar bagi golongan itu untuk meneruskan pendidikan, disebabkan keprihatinan tentang umur mereka serta urusan keluarga.
Maka itu, sokongan belanjawan tahun ini bagi menggalak pembelajaran sepanjang hayat dianggap sebagai langkah proaktif untuk menggalak setiap lapisan masyarakat untuk terus meningkatkan dan menyesuaikan diri dengan keperluan tenaga kerja masa kini dan juga masa depan.
"Kita perlu sebagai sebuah masyarakat mendorong budaya yang menghargai dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat," kata Dr Wan Rizal.
"Ini bermakna kita perlu sokong mereka yang berani mengambil langkah pertama untuk belajar semula dan mereka harus tabah dan sabar dalam menceburi bidang baharu dan harapan saya adalah masyarakat kita akan mengambil peluang dalam inisiatif-inisiatif belanjawan ini untuk melibatkan diri mereka secara aktif dalam pembelajaran sepanjang hayat," tambahnya.
Sungguhpun begitu, sebilangan ahli pembangkang mengatakan bahawa lebih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan manfaat jangka panjang meningkatkan kemahiran.
Ketua Pembangkang Pritam Singh mengulangi gesaan Parti Pekerja agar pemerintah memperkenalkan pinjaman SkillsFuture tanpa faedah.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.