Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Paparan gambar 'pencuri' di kedai di Yishun cetus gelak tawa netizen, namun wajarkah tindakan itu?

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kedai-kedai runcit di sini terus dibelenggu dengan masalah kecurian.

Namun, sebuah kedai produk kecantikan dan perumahan di Yishun mengambil jalan lain daripada yang lain untuk menangani isu tersebut. 

Seorang pencipta kandungan, Nurul Syafiqa Mohamed Noor memuat naik sebuah video di TikTok pada Selasa (10 Jan) menunjukkan sebuah dinding di kedai berkenaan yang dipenuhi dengan gambar individu-individu didakwa ditangkap kerana mencuri.  

Gambar-gambar tersebut dipercayai diambil dari rakaman CCTV.

Dalam komennya, Cik Syafiqa berkata rakaman tersebut diambil di cawangan Venus Beauty di Northpoint City.

Gambar beberapa orang yang dikatakan 'pencuri' yang berjaya ditangkap itu dipaparkan dengan lebih menonjol, disertakan catatan tentang jenayah yang mereka  dilakukan. 

Kes kecurian yang dikatakan berlaku di cawangan Venus Beauty lain di Jurong Point, Toa Payoh dan Bukit Panjang turut dipaparkan.

Masih tidak jelas sama ada paparan individu-incividu yang dikatakan pencuri itu dibuat dengan kebenaran mereka atau sama ada kes tersebut sudah dilaporkan kepada pihak polis. 

Ramai pengguna TikTok terhibur dengan paparan itu.

Bahkan, beberapa warganet memuji daya kreativiti kakitangan kedai itu dengan ada yang mendakwa dinding serupa   juga terdapat di pelbagai cawangan Venus Beauty yang lain. 

Sementara itu, sebilangan pengguna online menyuarakan keprihatinan sama ada tindakan sedemikian wajar dilakukan dan dibenarkan di sisi undang-undang.

APAKAH IMPLIKASI UNDANG-UNDANG TERHADAP TINDAKAN KEDAI TERSEBUT? 

Menurut peguam, Luo Ling Ling dan Sharifah Nabilah dari firma guaman Luo Ling Ling LLC, individu yang bertanggungjawab membuat paparan sedemikian berpotensi melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan Akta Perlindungan Daripada Gangguan (POHA). 

Malah, mereka juga mungkin melanggar undang-undang fitnah di bawah Kanun Keseksaan, jika tuduhan mencuri di kedai itu didapati tidak benar.

Sumber : Today/SS/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan