Papan tanda ERP 2.0 maklumkan lokasi ERP: unit dalam kenderaan (OBU) juga akan beri amaran & caj bayaran
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Hanidah Amin)
SINGAPURA: Di bawah sistem Bayaran Elektronik Jalan Raya yang baharu, yang juga dikenali sebagai (ERP) 2.0, akan ada papan-papan tanda untuk menunjukkan di mana pemandu akan dikenakan bayaran, kata Menteri Negara Kanan bagi Pengangkutan Amy Khor pada Isnin (6 Nov).
Unit yang dipasang di dalam kenderaan (OBU) yang baharu juga akan memberikan amaran apabila kenderaan mendekati kawasan yang akan dikenakan bayaran ERP, serta menyatakan bayaran yang relevan, kata Dr Khor sebagai menjawab persoalan daripada Ahli Parlimen Lim Biow Chuan (PAP-Mountbatten) mengenai bagaimana si pemandu boleh mengetahui caj ERP melalui skrin di dalam kenderaan itu.
Bagi ERP 1.0, caj yang akan dikenakan ditayangkan di dalam unit yang dipasang di dalam kenderaan apabila mereka mendekati gantri.
Gantri fizikal ini akan "ditutup secara progresif" di samping peralihan kepada ERP 2.0, yang akan melaksanakan caj melalui sistem satelit navigasi global (GPS).
Pemandu yang memilih untuk tidak memasang paparan skrin sentuh pada unit di dalam kenderaan mereka bagaimanapun, akan menerima maklumat mengenai bayaran ERP pada aplikasi telefon bimbit mereka yang serasi, tambah Dr Khor.
Walaupun unit di dalam kendaraan (OBU) ini diwajibkan, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan bahawa paparan skrin sentuh adalah suatu pilihan buat pemandu. Mereka boleh memilih untuk hanya memasang dua komponen yang lain iaitu unit pemprosesan dan antena. Ketiga-tiga komponen itu disepadukan ke dalam satu unit bagi motosikal.
Selain daripada ERP, unit dalam kenderaan (OBU)yang baharu ini direka untuk berfungsi dengan sistem yang sedia ada, termasuk Sistem Tempat Meletak Kereta Elektronik, tambah Dr Koh.
Pemandu boleh sambung membayar menggunakan kad CEPAS, seperti kad EZ-Link, NETS FlashPay dan NETS.
Bagaimanapun, CashCard tidak boleh digunakan, sedang penggunaannya dihentikan secara berperingkat.
MENGAPA ERP 2.0 TIDAK BOLEH DIGANTIKAN DENGAN TELEFON BIJAK
Dr Khor pada Isnin turut menyatakan sebab-sebab mengapa ERP 2.0 tidak boleh "digantikan secara menyeluruh" dengan telefon bimbit, menjawab persoalan yang diajukan AP Yip Hon Weng (PAP-Yio Chu Kang).
Unit yang dipasang di dalam kereta mempunyai tiga fungsi utama, katanya. Pertama, ia mengenal pasti lokasi kenderaan dan berkomunikasi dengan sistem ERP; kedua, ia memproses transaksi dengan selamat dan terjamin; dan ketiga, ia memberitahu pemandu mengenai caj ERP dan maklumat trafik utama yang lain.
Bagi fungsi pertama, ketepatan data lokasi telefon bimbit pintar mungkin berbeza-beza berdasarkan peranti yang berbeza sekaligus meningkatkan risiko "caj yang salah", tambah Dr Khor.
Unit dalam kenderaan dapat "memastikan kebolehpercayaan dan prestasi dengan lebih baik, serta mengurangkan cabaran operasi hiliran yang ketara, seperti pertikaian mengenai caj yang tidak tepat."
Unit dalam kenderaan itu juga direka dengan "langkah keselamatan yang teguh" dan diuji secara meluas untuk memastikan ia boleh mengendalikan transaksi bayaran semasa dan data dengan selamat. Data yang disimpan dalam unit dalam kenderaan itu tidak boleh diakses terus oleh pemandu kenderaan atau aplikasi mudah alih luaran dan direka untuk menjadi "kalis gangguan" dengan "peringkat keselamatan dan kesulitan yang tinggi".
Selain itu, unit dalam kenderaan (OBU) telah direka untuk komunikasi sehala. Ia tidak boleh menerima data atau arahan daripada aplikasi mudah alih luaran, walaupun ia boleh menyiarkan data, kata Dr Khor.
Menjawab soalan AP He Ting Ru (WP-Sengkang) mengenai penggunaan data, Dr Khor menambah bahawa LTA hanya akan menggunakan "data tanpa nama atau agregat" untuk pengurusan trafik dan tujuan perancangan pengangkutan. Data khusus kenderaan hanya akan digunakan untuk pembayaran, caj dan penguatkuasaan, seperti terhadap caj ERP yang tidak dibayar.
LTA juga mematuhi piawaian pemerintah bagi keselamatan data termasuk "garis panduan ketat" mengenai perkongsian data dengan agensi-agensi pemerintah yang lain.
Sementara itu, untuk membolehkan telefon pintar memproses transaksi ERP, Dr Khor berkata si pemandu perlu membuka aplikasi di telefon bimbit mereka, dan masukkan kod laluan atau gunakan pengesahan biometrik untuk membolehkan pengecasan ERP "setiap kali mereka di dalam perjalanan".
"Ini tidak memudahkan pengguna jalan raya, dan ada yang secara tidak sengaja mungkin terlupa untuk membuka aplikasi di telefon bimbit mereka bagi ERP," katanya.
Namun begitu, Dr Khor mengakui bahawa LTA menerima maklum balas awal daripada para pemandu yang mengatakan unit di dalam kenderaan (OBU) itu tidak cantik dan besar serta membangunkan aplikasi telefon bimbit bagi mereka yang tidak mahu memasang paparan skrin sentuh. Pemandu kenderaan sebegini boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk mengakses maklumat yang akan ditayangkan paparan skrin sentuh.
Dr Khor juga mengulangi bahawa LTA tiada rancangan segera untuk memperkenalkan bayaran berdasarkan jarak.
"Caj berdasarkan jarak adalah pendekatan berbeza untuk pengurusan kesesakan, dan sebarang rancangan untuk melaksanakannya mesti mengambil kira banyak faktor," katanya.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.