Papan latar belakang jatuh semasa sambutan NDP 2024 di Simei; 5 cedera ringan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Changi Simei CC/Facebook
SINGAPURA: Lima orang cedera semasa Upacara Memperingati Hari Kebangsaan di Simei pada Jumaat (9 Ogos) selepas sebuah papan latar belakang jatuh semasa upacara tersebut diadakan.
AP GRC East Coast Jessica Tan mendedahkan, menerusi satu catatan di Facebook, bahawa beberapa penduduk "mengalami kecederaan ringan seperti luka dan lebam" selepas papan latar belakang tersebut "jatuh ke hadapan" semasa kegiatan di atas pentas sedang berlangsung.

Upacara tersebut yang diadakan di kawasan undi Cik Tan di Changi Simei, berlangsung di sebuah tanah lapang yang terletak bersebelahan dengan pusat beli-belah Eastpoint Mall dari 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.
"Saya amat berterima kasih atas tindakan pantas Pasukan Respons Kecemasan Masyarakat dan pihak jawatankuasa penganjur yang berada di lokasi untuk menghulurkan bantuan segera," jelasnya.
"Keselamatan penduduk kami menjadi keutamaan kami apabila menganjurkan acara-acara (sedemikian)."
Cik Tan berkongsi bahawa pasukannya akan terus menghulurkan bantuan lanjut kepada penduduk yang terjejas dan "menyiasat insiden itu bagi memastikan ia tidak berlaku lagi".
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.