PAP, WP bertikam lidah tentang pendirian WP terhadap GST & harga flat HDB
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: TODAY/Ili Nadhirah Mansor
SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Pekerja (WP) bertikam lidah sekali lagi, kali ini tentang perubahan pendirian parti pembangkang itu terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Di tengah-tengah isu tersebut adalah sama ada sebuah parti politik harus menjelaskannya secara terbuka apabila ia menukar kedudukannya berhubung isu-isu melibatkan dasar-dasar negara dan langkah yang seharusnya diambil oleh sebuah parti yang bertanggungjawab terhadap demokrasi Singapura.
Perkembangan terbaru itu tercetus hampir seminggu selepas kedua-dua parti tersebut berbahas di Parlimen mengenai isu-isu serupa. Ia mendorong Menteri Negara Kanan Kewangan merangkap Pengangkutan Chee Hong Tat untuk menerbitkan komentar dalam blog PAP, Petir pada Selasa (25 Apr).
Dalam hantarannya itu, Encik Chee berkata beliau "terkejut" mendengar Anggota Parlimen (AP) WP Leon Perera menyatakan di Parlimen bahawa parti tersebut menerima "realiti GST pada kadar 7 peratus sejak 2018". Encik Chee menyifatkannya sebagai satu "peralihan besar pada pendekatan WP yang sejak sekian lama sangat dialu-alukan".
Parti pembangkang itu mengeluarkan kenyataan pada Rabu sebagai respons kepada hantaran berkenaan, sambil menjelaskan bahawa pendirian parti tersebut adalah jelas sejak sekian lama. WP juga 'terkejut' kerana Encik Chee tidak membahaskan isu tersebut di Parlimen jika beliau tidak berpuas hati dengan jawapan daripada para anggota WP ketika itu.
PERUBAHAN PADA PENDIRIAN TERHADAP GST
Dalam komentar tersebut, Encik Chee mendakwa bahawa sebelum perbahasan di Parlimen pada Khamis lalu (20 Apr), WP tidak pernah menyatakan bahawa ia menerima cukai GST.
Beliau turut menarik perhatian bagaimana parti pembangkang itu menentang cukai tersebut pada 1994 dan bahkan, setiap kali GST dinaikkan sejak itu. "Mereka telah mengkritik GST sebagai cukai yang regresif, dan tidak mengendahkan sistem GST yang unik, yang diimbangi dengan bantuan-bantuan lain bagi golongan berpendapatan rendah," katanya dalam catatan tersebut.
"Lantaran itu, saya terkejut mendengar Encik (Leon) Perera menyatakan, dalam responsnya kepada pertanyaan Menteri Ong (Ye Kung), bahawa WP 'menerima realiti GST pada kadar 7 peratus' sejak 2018; dan mereka kini membantah kenaikan 2 peratus."
Beliau kemudian bertanya mengapa WP tidak mengumumkan perubahan pada pendirian itu selama ini, dan sebaliknya terus "berdiam diri dan samar-samar pada pendiriannya".
Dalam kenyataannya pada Rabu, WP mempersoalkan mengapa Pemerintah memilih untuk hanya membangkitkan isu tersebut sekarang dan tidak meminta penjelasan mengenai perkara tersebut semasa perbahasan di Parlimen pada 2018 atau pada bila-bila saja sejak itu, termasuk dalam Belanjawan terbaru, sekiranya pemerintah mendapati pendirian WP tidak jelas.
"Sebagaimana dikatakan oleh Ketua Pembangkang Pritam Singh di Parlimen, Pemerintah membangkitkan isu mengenai pendirian WP terhadap GST semata-mata untuk mengalihkan tumpuan warga Singapura," tekan WP dalam kenyataannya.
Parti pembangkang itu menyatakan bahawa kenyataan-kenyataannya di Parlimen pada 2018 dengan jelas menyatakan bahawa parti tersebut tidak menyarankan agar GST diturunkan sehingga sifar peratus dan WP akan membuat gesaan itu seandainya ia berhasrat untuk berbuat demikian.
PERUMAHAN YANG DIMAMPUI
Encik Chee turut menarik perhatian kepada isu berhubung perumahan yang dimampui, yang AP PAP Saktiandi Supaat membangkitkannya di Parlimen setelah AP WP Encik Louis Chua menerbitkan sebuah laporan dengan rakan-rakan kerjanya dari Credit Suisse pada Januari 2023.
Laporan tersebut menyatakan bahawa perumahan awam di Singapura adalah "dimampui",ujar Encik Chee.
"Namun sebulan kemudian, Encik Chua dan rakan-rakan AP dari WP mengkritik pemerintah di Parlimen kerana tidak menyediakan perumahan awam yang dimampui dan menggesa HDB supaya menurunkan lagi harga flat-flatnya."
Encik Chee menyifatkan Encik Chua sebagai "seseorang yang tidak boleh dipercayai" memandangkan beliau mendakwa terdapat percanggahan antara laporan tersebut dan kenyataannya di Parlimen.
Sebagai respons kepada isu tersebut, WP menegaskan bahawa Encik Chua dengan jelas menyatakan pendiriannya sebagai seorang penganalisis kajian komersial dan laporannya itu bertujuan untuk menasihatkan para pelabur tentang cara bagaimana mereka boleh meraih keuntungan dalam pasaran perumahan.
Parti itu menambah bahawa Encik Chee mahupun mana-mana AP PAP lain tidak menyuarakan rasa tidak puas hati di Parlimen terhadap respons Encik Chua dan memintanya untuk memberikan sebarang penjelasan.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.