PAP umum senarai pengerusi GPC; lantik 19 AP penggal pertama jadi anggota baharu
Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Khamis (10 Jul) mengumumkan pengerusi baharu bagi kesemua 12 Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) yang akan menilai perundangan dan program daripada kementerian yang berbeza.
Bangunan Parlimen di Singapura. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
Diperkenalkan oleh Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong pada 1987, jawatankuasa tersebut juga berfungsi sebagai saluran tambahan bagi maklum balas mengenai dasar pemerintah.
Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee Alex Yam akan mempengerusi GPC bagi Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, mengambil alih daripada Encik Sitoh Yih Pin.
Encik Sitoh mengumumkan persaraannya sebelum Pilihan Raya Umum 2025 selepas berkhidmat selama tiga penggal.
Encik Yip Hon Weng dilantik sebagai pengerusi GPC bagi Pertahanan merangkap Ehwal Luar dan Encik Darryl David akan mempengerusikan GPC bagi Pendidikan.
Encik Saktiandi Supaat pula akan beralih dari Pengangkutan untuk mempengerusikan GPC bagi Kewangan merangkap Perdagangan dan Perusahaan, manakala Cik Yeo Wan Ling akan mempengerusikan GPC bagi Tenaga Manusia.
Encik Vikram Nair, sebelum ini pengerusi GPC bagi Pertahanan merangkap Ehwal Luar, akan mempengerusikan GPC bagi Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang.
Sementara itu, jawatankuasa Pembangunan Negara merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga masing-masing akan dipengerusikan oleh Encik Henry Kwek dan Encik Xie Yao Quan.
Sementara itu, AP GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar akan mengambil alih jawatan sebagai pengerusi GPC bagi Kesihatan dari bekas AP Clementi Tan Wu Meng.
AP GRC Sembawang West, Cik Poh Li San pula akan mempengerusi GPC bagi Kemampanan dan Sekitaran, mengambil alih daripada Encik Louis Ng yang merupakan bekas AP GRC Nee Soon.
AP GRC Marine Parade-Braddell Heights Tin Pei Ling akan beralih daripada GPC bagi Penerangan dan Pembangunan Digital untuk mempengerusi GPC bagi Pengangkutan.
GPC bagi Penerangan dan Pembangunan Digital akan dipengerusikan oleh Encik Sharael Taha.
19 Anggota Parlimen kali pertama juga dilantik sebagai anggota GPC.
Mereka adalah:
- Charlene Chen
- Elysa Chen
- Gho Sze Kee
- Hazlina Abdul Halim
- Valerie Lee
- Lee Hong Chuang
- Cassandra Lee
- David Hoe
- Lee Hui Ying
- Hamid Razak
- Victor Lye
- Ng Shi Xuan
- Cai Yinzhou
- Gabriel Lam
- Jackson Lam
- Diana Pang
- Foo Cexiang
- Choo Pei Ling
- Shawn Loh
Pelantikan GPC berkuat kuasa dengan pembukaan sidang Parlimen ke-15 pada 5 September.
Berikut senarai penuh anggota GPC:
Kebudayaan, masyarakat dan belia
- Alex Yam (Pengerusi)
- Joan Pereira (Timbalan Pengerusi)
- Charlene Chen
- Elysa Chen
- Darryl David
- Gho Sze Kee
- Hazlina Abdul Halim
- Valerie Lee
Pertahanan merangkap Ehwal Luar
- Yip Hon Weng (Pengerusi)
- Vikram Nair (Timbalan Pengerusi)
- Hazlina Abdul Halim
- Henry Kwek
- Lee Hong Chuang
- Rachel Ong
- Joan Pereira
- Patrick Tay
Penerangan dan Pembangunan Digital
- Sharael Taha (Pengerusi)
- Henry Kwek (Timbalan Pengerusi)
- Choo Pei Ling
- Christopher De Souza
- Cassandra Lee
- Jessica Tan
- Tin Pei Ling
Pendidikan
- Darryl David (Pengerusi)
- Hany Soh (Timbalan Pengerusi)
- Charlene Chen
- Elysa Chen
- David Hoe
- Lee Hui Ying
- Denise Phua
- Hamid Razak
- Alex Yam
Kewangan merangkap Perdagangan dan Perusahaan
- Saktiandi Supaat (Pengerusi)
- Edward Chia (Timbalan Pengerusi)
- Lee Hong Chuang
- Shawn Loh
- Victor Lye
- Ng Shi Xuan
- Denise Phua
- Tin Pei Ling
Kesihatan
- Mariam Jaafar (Pengerusi)
- Yip Hon Weng(Timbalan Pengerusi)
- Cai Yinzhou
- Choo Pei Ling
- Hamid Razak
- Wan Rizal
- Alex Yeo
Ehwal dalam negeri merangkap undang-undang
- Vikram Nair (Pengerusi)
- Wan Rizal (Timbalan Pengerusi)
- Christopher De Souza
- Gabriel Lam
- Jackson Lam
- Cassandra Lee
- Alex Yeo
Tenaga Manusia
- Yeo Wan Ling (Pengerusi)
- Saktiandi Supaat (Timbalan Pengerusi)
- Gho Sze Kee
- Shawn Loh
- Diana Pang
- Jessica Tan
- Patrick Tay
- Melvin Yong
Pembangunan Negara
- Henry Kwek (Pengerusi)
- Xie Yao Quan (Timbalan Pengerusi)
- Ang Wei Neng
- Cai Yinzhou
- Foo Cexiang
- Liang Eng Hwa
- Nadia Ahmad Samdin
Pembangunan Sosial dan Keluarga
- Xie Yao Quan (Pengerusi)
- Rachel Ong (Timbalan Pengerusi)
- Mariam Jaafar
- Gabriel Lam
- Victor Lye
- Diana Pang
- Denise Phua
- Melvin Yong
Kemampanan dan Sekitaran
- Poh Li San (Pengerusi)
- Nadia Ahmad Samdin (Timbalan Pengerusi)
- Foo Cexiang
- David Hoe
- Lee Hui Ying
- Valerie Lee
- Ng Shi Xuan
- Hany Soh
Pengangkutan
- Tin Pei Ling (Pengerusi)
- Edward Chia (Timbalan Pengerusi)
- Ang Wei Neng
- Jackson Lam
- Liang Eng Hwa
- Poh Li San
- Sharael Taha
- Yeo Wan Ling
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.