PAP tubuh kumpulan tindakan iklim, kesihatan mental bagi tangani pelbagai isu jejas rakyat SG
Anggaran Waktu Membaca:
*Gambar: CNA/Eugene Goh)
SINGAPURA: Dua kumpulan baharu yang memberi tumpuan kepada tindakan iklim dan isu kesihatan mental akan ditubuhkan dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk menagani “cabaran-cabaran utama” yang “meliputi pelbagai kumpulan demografik tradisional”, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Sabtu (8 Jun).
“Mengapa kami berbuat demikian? Kerana, antara lain, dua isu itu adalah isu-isu peringkat nasional dan juga menjadi keutamaan pemerintah PAP,” kata PM Wong.
PM Wong berkata demikian semasa menyampaikan ucapan umum pertamanya kepada parti itu dalam satu acara penghargaan di Marina Bay Sands yang dianjurkan dan dihadiri kira-kira 400 aktivis dan rakan kongsi PAP.
Penubuhan dua kumpulan baharu itu adalah sebahagian daripada inisiatif “Refresh PAP” yang diadakan sejak enam bulan lalu, yang diterajui oleh Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee dan para pemimpin 4G yang lain.
Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Janil Puthucheary akan mengetuai Kumpulan Kesihatan Mental.
Dr Janil berkata: "Kita perlu mendampingi kumpulan masyarakat yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga-keluarga dan golongan yang menghidapi isu kesihatan mental serta penjaga mereka."
"Kita ingin melakukan semua ini dan saya tahu bahawa rakan-rakan kerja saya, para AP serta para aktivis PAP mempunyai banyak idea tentang dasar-dasar dan isu-isu yang ingin mereka perjuangkan," tambah beliau.
Kumpulan Kesihatan Mental itu juga akan disertai para Anggota Parlimen (AP) lain termasuk AP GRC West Coast, Cik Rachel Ong dan AP GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.
Dr Wan Rizal berkata: "Objektif kita adalah untuk menyatukan usaha-usaha AP dalam ruang kesihatan mental seumpamanya, ada di antara mereka yang memberi tumpuan kepada kumpulan belia, ada pula memberi tumpuan kepada para pekerja. Kita ingin menyatukan usaha ini untuk kita mendapat lebih banyak kandungan untuk diadakan di dalam Parlimen."
"Usaha ini sudah lama dijalankan dan bukan satu usaha mudah, ia rumit. Kita perlu memahami apakah asas masalah kesihatan mental di Singapura. Untuk memperbaikinya bukan mudah. Perlu ada cara tersendiri dan dengan adanya kumpulan sebegini, kita dapat menyatukan usaha-usaha dan menolong mereka yang mempunyai isu kesihatan mental," tambah Dr Wan Rizal.
Kumpulan Tindakan Iklim pula akan diterajui Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Koh Poh Koon.
PM Wong menambah bahawa parti itu mahu menggunakan kumpulan-kumpulan itu untuk "melibatkan aktivis kami dengan lebih baik dan juga semua pihak berkepentingan, sama ada karyawan jagaan kesihatan, kumpulan pencinta alam, pertubuhan-pertubuhan masyarakat atau individu".
"Jika anda mempunyai pandangan atau idea mengenai isu ini, sertailah kumpulan-kumpulan ini," kata PM Wong.
"Kami akan melibatkan anda, melibatkan anda dalam perbincangan dan perbincangan kami, dan melalui interaksi ini, kumpulan-kumpulan itu akan berusaha untuk memaklumkan dan membentuk dasar dan rancangan pemerintah PAP dengan lebih baik bagi kedua-dua bidang itu."
PAP kerap melibatkan pelbagai kumpulan untuk mendengar pandangan mereka dan memulakan perbincangan tentang cara-cara untuk menangani keprihatinan mereka, kata PM Wong.
Satu lagi cara ialah melalui Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) PAP, yang dibentuk oleh para Anggota Parlimen PAP yang meneliti dan mengkaji dasar, program dan saranan yang dibentangkan oleh kementerian-kementerian.
"Anggota Parlimen kami akan meningkatkan penglibatan mereka melalui GPC" kata PM Wong.
PAP juga mempunyai pelbagai kumpulan sedia ada dalam parti seperti Sayap Wanita, PAP Muda dan Kumpulan Senior PAP.
Walaupun kumpulan-kumpulan itu sudah mendampingi masyarakat mereka sendiri, terdapat cabaran yang "merentasi garis demografik tradisional", kata PM Wong.
Justeru, dua kumpulan baharu itu akan ditubuhkan, tambah PM Wong.
PM Wong turut menekankan bahawa persekitaran politik di Singapura sudah berubah dan PAP tidak boleh bertanggapan bahawa ia akan secara automatik membentuk pemerintah seterusnya.
"Tetapi buat masa ini kami adalah pemerintah hari ini," katanya.
“Lantaran itu, ia menjadi tanggungjawab kami sebagai sebuah parti untuk merangka bagaimana kami boleh membawa Singapura ke hadapan, bagaimana kami boleh menjalin kerjasama yang kukuh dengan rakyat Singapura, dan meyakinkan mereka bahawa PAP kekal sebagai pilihan yang tepat untuk memimpin negara ini.”

Sumber : CNA/HK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.