Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PAP pilih anggota jawatankuasa eksekutif pusat, Gan Kim Yong undur diri sebagai pengerusi

Parti Tindakan Rakyat (PAP) memilih anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) yang ke-37 di persidangan parti itu pada Ahad (6 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Nov 2022 03:50PM Dikemas Kini : 06 Nov 2022 10:20PM

SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) memilih anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) yang ke-37 di persidangan parti itu pada Ahad (6 Nov).

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong tidak mencalonkan dirinya untuk pemilihan semula selepas mengumumkan beliau mengundurkan diri sebagai pengerusinya. Pengganti beliau belum lagi diumumkan.

12 anggota dipilih semula sebagai anggota badan pembuat keputusan tertinggi parti itu. Mereka adalah:

- Perdana Menteri Lee Hsien Loong
- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong
- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi Heng Swee Keat
- Menteri Pendidikan Chan Chun Sing
- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli
- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam
- Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu
- Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee
- Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah
- Menteri Kesihatan Ong Ye Kung
- Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan
- Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin

Anggota-anggota lain yang dilantik jadi anggota CEC adalah:

- Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo
- Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong

Pengundian anggota CEC PAP itu diadakan semasa persidangan dwitahunan parti tersebut hari ini. Lebih 3,000 anggota parti menghadiri persidangan tahun ini yang berlangsung di Pusat Konvensyen Resorts World Sentosa.

"Ia adalah barisan menteri dengan pengalaman berbeza, yang muda, dan juga yang lebih berusia," kata Anggota Parlimen (AP) PAP Louis Ng kepada wartawan selepas CEC diumumkan.

AP Tin Pei Ling berkata barisan menteri itu mewakili "mandat yang diberikan oleh kader parti kepada mereka, sebagai tanda yakin kepada mereka untuk memimpin parti maju ke hadapan".

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan