Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PAP pilih anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat; Chee Hong Tat sertai CEC buat julung kali

Anggaran Waktu Membaca:
PAP pilih anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat; Chee Hong Tat sertai CEC buat julung kali

Perdana Menteri Lawrence Wong, Menteri Kanan Lee Hsien Loong dan anggota lain Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang ke-38 pada 24 Nov 2024. (Gambar: Wallace Woon/CNA)

Diterbitkan : 24 Nov 2024 03:22PM Dikemas Kini : 24 Nov 2024 03:24PM

SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah telah memilih anggota bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang ke-38 di persidangan dua tahun sekali PAP pada Ahad (24 Nov).

Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat menyertai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu buat kali pertama selepas dilantik ke CEC ke-38.

Pengundian dilakukan setiap dua tahun.

Mereka yang dipilih berada di tampuk kepimpinan itu kali ini, akan memimpin PAP dalam pilihan raya umum seterusnya, yang harus diadakan selewat-lewatnya November tahun depan.

Tidak mengikut sebarang urutan, CEC tersebut dianggotai:

  1. Perdana Menteri Lawrence Wong
  2. Menteri Kanan Lee Hsien Loong
  3. Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat
  4. Menteri Pendidikan Chan Chun Sing
  5. Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli
  6. Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu
  7. Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam
  8. Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee
  9. Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong
  10. Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Indranee Rajah
  11. Menteri Kesihatan Ong Ye Kung
  12.  Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan

Dua belas anggota itu dipilih daripada undi rahsia 19 calon pada awal pagi ini.

Encik Chee dan Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng kemudian dilantik untuk menyertai CEC dengan masing-masing mempunyai jumlah undian ke-13 dan ke-14 tertinggi dalam kalangan kader parti.

Mereka yang dalam parti memberitahu Mediacorp bahawa lima calon lain dalam undi tersebut termasuk: Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Josephine Teo, Menteri Negara Pembangunan Negara Sim Ann, Menteri Negara Kanan Penerangan dan Pembangunan Digital Janil Puthucheary, Menteri Kanan Negara di Pejabat Perdana Menteri Desmond Tan and Anggota Parlimen Marsiling–Yew Tee Alex Yam.

Mereka juga berkata terdapat tujuh anggota yang disarankan oleh CEC ke-37 untuk menjadi pemimpin utama parti: Encik Wong, Encik Lee Hsien Loong, Encik Heng, Encik Chan, Encik Masagos, Cik Fu dan Encik Shanmugam.

Menurut perlembagaan PAP, CEC hendaklah terdiri daripada tidak lebih daripada 18 anggota.

Seramai 12 individu mesti dipilih di persidangan parti itu, manakala sehingga enam yang lain boleh dilantik untuk menyertai badan itu.

Anggota lain yang dilantik untuk menyertai pelantikan tertentu dalam jawatankuasa tersebut - seperti pengerusi, setiausaha agung, bendahara dan dan setiausaha penganjur – akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.

Pada tahun lalu, ia mengambil masa 20 hari.

Menteri kabinet yang tidak disebut dalam undian bagi CEC ke-38 adalah Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong, yang sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet pertama Encik Wong tahun ini, dan Menteri di Pejabat Menteri Maliki Osman.

Encik Gan sebelum ini menyandang jawatan pengerusi parti tersebut dari 2018 hingga 2020, sebelum diambil alih oleh Encik Heng.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan