PAP perkenalkan dua muka baharu di GRC Aljunied
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah, memperkenalkan dua muka baharu di Aljuneid, sedang ia menyasarkan untuk memenangi semula kawasan yang dikuasai pihak pembangkang di Pilihan Raya Umum akan datang.
Mereka, Jagathishwaran Rajo, 37 tahun, dan Kenny Sim Mong Keang, 55 tahun, diumumkan sebagai pengerusi cawangan baru PAP di daerah Eunos dan Paya Lebar, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin (12 Ogos).
Mereka menggantikan eksekutif bank Chua Eng Leong dan peguam Alex Yeo, kedua-duanya yang bersaing menentang pasukan Parti Pekerja (WP) pada pilihan raya lalu.
Baki tiga anggota PAP pada 2020 masih mengetuai cawangan mereka, Victor Lye di Bedok Reservoir-Punggol, Shamsul Kamar di Kaki Bukit dan Chan Hui Yuh yang menerajui cawangan Serangoon.
MEMPERKENALKAN MUKA BAHARU
Encik Jagathiswaran aktif sebagai pemimpin akar umbi di wad Zhenghua GRC Holland-Bukit Timah selama 16 tahun, dan merupakan setiausaha cawangan sebelum berpindah.
Beliau menjadi setiausaha eksekutif Kesatuan Kakitangan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) dan penolong pengarah pekerja bebas dan bekerja sendiri NTUC (U FSE) pada April tahun ini.
Sebelum ini, beliau dipinjamkan selama dua tahun dengan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, sebagai penolong pengarah kanan di Pejabat Perancangan Ekonomi Masa Depan.
Beliau lulus dari Universiti Nasional Singapura dengan ijazah dalam sains politik pada tahun 2012, sebelum meneruskan ijazah sarjana dalam kepimpinan komuniti dan pembangunan sosial di Universiti Sains Sosial Singapura.
Beliau dilihat sebelum ini di acara masyarakat dengan orang terdahulu sebelum ini, sejak akhir tahun lalu.
Encik Chua, yang mengambil alih peranan itu pada April 2013, berada dalam pasukan yang kalah dalam dua Pilihan Raya Umum yang lalu.

Seorang lagi pendatang baharu, Encik Sim, merupakan seorang pengerusi Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) di wad Bukit Timah GRC Holland-Bukit Timah sebelum ini.
CCC merancang dan mengetuai aktiviti akar umbi utama dalam kawasan pilihan raya, menyelia program bantuan tempatan, dan menganjurkan projek utama mengumpul dana dan kempen nasional.
Encik Sim juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah eksekutif firma pembuat komputer dan elektronik Serial Achieva, yang telah disenaraikan dalam Singapore Exchange Catalist pada Jun lalu.
Beliau lulus dari Politeknik Ngee Ann dengan diploma dalam kejuruteraan elektronik pada tahun 1990, sebelum mendapatkan ijazah dalam bidang perdagangan dari Universiti Murdoch pada tahun 1998. Beliau kemudian memperoleh ijazah kedoktoran falsafah dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Honolulu pada tahun 2015.
Sebagai ketua cawangan baharu, kedua-dua mereka berkemungkinan menjadi sebahagian daripada senarai PAP untuk Pilihan Raya Umum akan datang, yang perlu diadakan menjelang November tahun depan.
GRC PERTAMA MENANG OLEH PEMBANGKANG
GRC Aljuneid pertama kali dimenangi oleh WP pada pilihan raya 2011, mengalahkan pasukan PAP yang termasuk Menteri Luar Negeri George Yeo dan pendatang baharu Ong Ye Kung, yang kini menjadi Menteri Kesihatan.
Ia memperoleh 54.72 peratus undi, dan menjadi parti pembangkang pertama memenangi GRC sejak pelaksanaan sistem itu pada 1988.
Pasukan itu diketuai oleh setiausaha agung WP ketika itu, Low Thia Khiang, yang meninggalkan kubu lamanya di Hougang untuk bertanding dalam GRC tersebut. Ia termasuk Ketua Pembangkang semasa Pritam Singh, pengerusi parti Sylvia Lim, Encik Muhamad Faisal Abdul Manap dan pendatang baharu Chen Show Mao.
WP kemudiannya mengekalkan GRC Aljunied dalam pertandingan pilihan raya 2015, dengan 50.95 peratus undi. Memandangkan keputusan rapat, pasukan PAP memohon pengiraan semula, tetapi akhirnya masih diketepikan.
Pasukan PAP terdiri daripada ahli parlimen veteran empat penggal Yeo Guat Kwang, dan empat muka baharu, termasuk pengerusi cawangan Kaki Bukit sekarang, Encik Shamsul.
Pada Pilihan Raya Umum yang lalu pada 2020, Encik Singh dan partinya meraih kemenangan di kawasan itu sekali lagi, dalam pilihan raya pertamanya selepas mengambil alih tampuk pentadbiran Parti Pekerja (WP) daripada Encik Low pada 2018.
59.95 peratus undi yang diperolehi adalah margin tertinggi yang diperolehi WP setakat ini.
Pilihan raya 2020 juga menyaksikan kemenangan WP dalam GRC Sengkang empat ahli yang baru diwujudkan, GRC kedua bagi WP.

Ia memenangi 52.13 peratus undi menentang pasukan PAP yang termasuk tiga pemegang jawatan politik – ketua buruh Ng Chee Meng, Menteri Negara Kanan Pengangkutan dan Kesihatan Lam Pin Min, dan Setiausaha Parlimen Kanan Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kesihatan Amrin Amin.
MENINGKATKAN KEHADIRAN DI WAD PEMBANGKANG
Pengumuman terbaharu pengerusi cawangan baharu itu susulan langkah awal PAP di kawasan pilihan raya lain yang dikuasai pembangkang, ketika parti itu menyemask semula jadualnya menjelang pilihan raya akan datang.
Di Hougang, yang dikuasai WP sejak 1991, penolong pengarah NTUC bagi bahagian operasi dan mobilisasinya Jackson Lam menjadi pengerusi cawangan pada 17 Oktober tahun lepas.
Beliau mengambil alih jawatan Encik Lee Hong Chuang, yang bertanding dan kalah di Hougang pada 2015 dan 2020.
Encik Lam merupakan seorang aktivis PAP sejak 2013 di bahagian Chong Pang di GRC Nee Soon.
PAP juga menunjukkan kehadiran awalnya di GRC Sengkang, dengan pasukan empat anggotanya menonjol di acara-acara masyarakat dan berjalan-jalan, dan juga muncul di risalah dan barangan parti yang diedarkan kepada para pengundi.
Dr Lam merupakan satu-satunya ahli Sengkang asal dari perarakan PAP 2020 yang kekal, meneruskan tugasan sebagai pengerusi cawangan Sengkang West dan menjadi ketua pasukan.
Sejak 27 Mac 2022, PAP melantik muka baharu sebagai pengerusi cawangan di kawasan itu.
Menerajui Sengkang Central adalah Profesor Madya Elmie Nekmat dari jabatan komunikasi dan media baharu di Universiti Nasional Singapura.
Seorang lagi muka baharu ialah Cik Theodora Lai, pengetua di firma modal teroka Tembusu Partners, yang menyelia Sengkang North.
Pada November tahun lalu, Encik Marcus Loh, pengarah dan ketua komunikasi strategik, hal ehwal awam dan pemasaran korporat di firma perkhidmatan transformasi digital Temus, menerajui Sengkang East.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.