Skip to main content

Singapura

PAP lantik empat lagi ahli ke dalam badan pembuat keputusan tertinggi; umum pemegang jawatan utama

Anggaran Waktu Membaca:
PAP lantik empat lagi ahli ke dalam badan pembuat keputusan tertinggi; umum pemegang jawatan utama

Pengerusi parti Desmond Lee dan Jawatankuasa Eksekutif Pusat PAP memberikan tepukan terhadap ucapan seorang aktivis semasa konvensyen parti itu pada 9 November 2025. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)

Diterbitkan : 05 Nov 2026 06:48PM Dikemas Kini : 05 Nov 2026 06:49PM
PAP appoints four more members to its highest decision-making body; announces key office-holders
  • PAP appointed Chan Hui Yuh, Jeffrey Siow, Ng Chee Meng and Sim Ann to the 39th CEC, bringing the number of appointed members to six after the party’s internal election.
  • The announcement was made on Nov 5, following the biennial conference on Oct 25, at which more than 2,000 cadres elected 12 of the 19 candidates.
  • Jeffrey Siow and Sim Ann did not win seats, while Tan See Leng and Zaqy Mohamad were appointed earlier as the 13th and 14th members based on the next-highest votes.
  • The CEC named Lawrence Wong as Secretary-General and appointed office-holders as well as chairmen of PAP wings and groups, including Sim Ann for the Women’s Wing, to oversee various areas of the party.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) melantik empat lagi ahli ke dalam badan pembuat keputusan tertingginya, menjadikan jumlah ahli yang dilantik seramai enam orang, susulan pemilihan dalaman parti pada bulan Oktober.

Empat individu tersebut ialah Chan Hui Yuh, Jeffrey Siow, Ng Chee Meng, dan Sim Ann, umum parti itu pada Khamis (5 November).

Mereka menyertai Dr Tan See Leng dan Encik Zaqy Mohamad, yang telah dilantik ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ke-39 pada 25 Oktober.

Pada persidangan dwitahunan PAP yang berlangsung pada 25 Oktober, lebih 2,000 kader parti mengundi untuk memilih 12 ahli daripada senarai 19 calon.

Encik Siow dan Cik Sim merupakan antara calon yang tidak berjaya memenangi kerusi dalam pemilihan tersebut, manakala Dr Tan dan Encik Zaqy kemudiannya dilantik sebagai ahli ke-13 dan ke-14 selepas memperolehi jumlah undi tertinggi seterusnya.

CEC juga telah memilih pemegang jawatan utamanya, dengan Perdana Menteri Lawrence Wong sebagai Setiausaha Agung, Desmond Lee sebagai Pengerusi, dan Masagos Zulkifli sebagai Naib Pengerusi.

Menteri Pertahanan Chan Chun Sing memegang jawatan Penolong Setiausaha Agung, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung sebagai Bendahari, dan Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat sebagai Penolong Bendahari.

CEC juga telah membuat pelantikan-pelantikan berikut:

Pengerusi, Jawatankuasa Eksekutif Ibu Pejabat: Chan Chun Sing
Penolong Setiausaha Penganjur: Alex Yam Ziming, Desmond Tan Kok Ming, Dinesh Vasu Dash
Pengerusi, Sayap Wanita PAP: Sim Ann
Pengerusi, PAP Muda: Alvin Tan Sheng Hui
Pengerusi, Kumpulan Warga Emas PAP: David Neo Chin Wee
Pengerusi, Biro Ehwal Melayu PAP: Zaqy Mohamad
Pengerusi, Forum Dasar PAP: Chee Hong Tat
Pengerusi, Kumpulan Tindakan Iklim PAP: Goh Pei Ming
Pengerusi, Kumpulan Kesihatan Mental PAP: Janil Puthucheary

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita