Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PAP harus sentiasa bekerjasama dengan rakyat S'pura demi kemajuan negara: PM Lee

Parti Tindakan Rakyat (PAP) perlu sentiasa bekerjasama dengan rakyat Singapura demi memajukan negara ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (14 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
PAP harus sentiasa bekerjasama dengan rakyat S'pura demi kemajuan negara: PM Lee
Diterbitkan : 14 Dec 2021 01:48PM Dikemas Kini : 14 Dec 2021 01:49PM

SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) perlu sentiasa bekerjasama dengan rakyat Singapura demi memajukan negara ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (14 Dis).

"Paling asas sekali, tugas kami bukan untuk meramalkan masa hadapan tetapi untuk membinanya. PAP terus memikul tanggungjawab berat demi keselamatan, kestabilan dan kejayaan Singapura."

PM Lee berkata demikian semasa berucap di pelancaran buku bertajuk 'A History of the People's Action Party: 1985-2021' oleh Dr Shashi Jayakumar.

Dr Jayakumar memimpin Pusat Kecemerlangan Keselamatan Negara di Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam di Universiti Teknologi Nanyang.

"TITIK PERUBAHAN"

Tahun 1985 merupakan "titik perubahan dalam perkembangan politik kami", kata PM Lee, kerana ia menandakan peringkat terakhir peralihan dari generasi perintis pemimpin PAP kepada pasukan pengganti.

"Pilihan Raya Umum yang penting itu baru sahaja berlangsung pada Disember 1984. Dalam pilihan raya itu, ramai anggota perintis PAP sama ada sudah bersara daripada politik atau mengundurkan diri daripada jawatan kepimpinan," katanya.

Dalam kabinet baru itu, hanya Encik Lee Kuan Yew, Encik S Rajaratnam dan Encik Edmund W Barker merupakan generasi perintis PAP yang kekal, kata PM Lee lagi.

"Selepas pilihan raya itu, menteri-menteri muda memilih Encik Goh Chok Tong sebagai pemimpin mereka dan beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pertama Singapura."

PM Lee berkata "jumlah rekod" muka-muka baru juga dibawa masuk. Terdapat 24 Anggota Parlimen (AP) yang baru termasuk segelintir daripada mereka yang akhirnya membentuk pasukan kepimpinan 3G. PM Lee merupakan salah seorang daripada mereka.

PAP "BAHAGIAN PENTING" DARIPADA KEJAYAAN S'PURA

Pada 1985, ramai yang "bimbang" tentang peralihan kepimpinan, lebih banyak "pecah belah dalam politik" dan perubahan ketara pada hala tuju kepimpinan dan pemerintah, kata PM Lee.

"Buku ini menjelaskan bagaimana PAP berusaha membangunkan sebuah masyarakat bersatu padu di Singapura, memupuk pemahaman dan kesepakatan daripada kumpulan-kumpulan berbeza dan mempertingkat kehidupan rakyat Singapura secara keseluruhan," kata PM Lee.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan