PAP boleh terus tadbir SG dengan baik jika parti diperbaharui dengan anggota gigih berkhidmat: PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
- Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan PAP memerlukan generasi baharu pemimpin yang berintegriti dan rela berkhidmat untuk memastikan Singapura terus maju.
- Beliau mengingatkan bahawa persaingan sebenar Singapura adalah di peringkat global, bukan hanya dalam politik tempatan, dan menolak budaya politik berasaskan kemarahan atau penampilan semata-mata.
- Festival 40 Tahun PAP Muda diadakan di MBS, dengan pelancaran Akademi PAP Muda dan Fellowship Tindakan YP 40 Bawah 40 untuk membimbing serta menyokong aktivis belia.
- PAP Muda menekankan kepimpinan tulen melalui tindakan, bukan retorik, dan menggalakkan pelbagai idea serta pengalaman demi pembaharuan parti dan negara.
SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) memerlukan "orang baik yang rela berkhidmat" jika ingin terus mentadbir Singapura dengan baik, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Sabtu (4 Jul).
Beliau akur, sesetengah golongan muda secara semula jadi tertarik kepada calon bukan pilihan, atau "underdog", berbanding parti politik yang mantap. Namun, setiausaha agung PAP itu mengingatkan para aktivis belia bahawa "persaingan sebenar yang kita hadapi bukan di Singapura", tetapi dengan seluruh dunia.
"Kita bersaing dengan negara-negara yang mempunyai jumlah penduduk jauh lebih besar, pasaran yang lebih luas, dan sumber yang jauh lebih banyak," kata PM Wong. "Dalam arena itu, Singapura telah, dan akan sentiasa, menjadi pihak yang dianggap lebih lemah."
Pencapaian PAP yang lalu tidak menjamin kejayaan masa depan, tambahnya.
"Setiap generasi mesti membawa idea-idea segar, tenaga baharu, dan rasa tanggungjawab yang diperbaharui untuk memajukan negara," kata PM Wong.
"PAP boleh terus mentadbir Singapura dengan baik hanya jika setiap generasi memperbaharui parti kita dengan orang-orang baik yang sanggup berkhidmat."
Beliau berucap di Festival 40 Tahun PAP Muda (YP), bagi meraikan ulang tahun ke-40 sayap belia PAP itu. Festival itu diadakan di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands, dan dihadiri oleh lebih 1,200 aktivis belia dari PAP dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).
Pada Sabtu, sayap belia parti itu juga melancarkan Akademi PAP Muda dan Fellowship Tindakan YP 40 Bawah 40, dua inisiatif yang berfungsi sebagai "landasan permulaan" untuk generasi pemimpin parti yang akan datang.
Dalam ucaptama beliau, PM Wong berkata bahawa untuk mengekalkan budaya politik yang diperjuangkan PAP, parti pemerintah memerlukan individu berkualiti yang "bersedia untuk tampil ke hadapan".
"Kita sedang memasuki dunia yang sangat berbeza, dunia yang telah berubah. Ia penuh dengan ketegangan geopolitik dan ketidakpastian ekonomi," kata PM Wong.
Beliau berkata bahawa di banyak tempat, politik bukan lagi tentang membantu masyarakat menyelesaikan masalah. Sebaliknya, ahli politik "membangkitkan kemarahan" untuk meraih sokongan, serta lebih tertumpu kepada "sandiwara politik dan meraih mata politik, daripada menyelesaikan masalah yang serius", tambahnya.
Walaupun Singapura telah melihat beberapa kecenderungan ini dalam wacana politiknya sendiri, PM Wong berkata jawapan PAP bukanlah untuk "menyulut kemarahan, memperdalam perpecahan, atau tunduk kepada sikap sinis", tetapi untuk "menyingsing lengan, merapatkan jurang dan menyelesaikan masalah melalui tindakan".
PM Wong merayu kepada mereka yang mengambil berat tentang masa depan Singapura dan mempunyai idea untuk memperbaiki negara agar menyertai parti itu, sambil menambah bahawa para ahli tidak perlu bersetuju dalam setiap perkara.
"Kami tidak mahu semua orang dalam PAP berfikir dengan cara yang sama," katanya, sambil menambah bahawa parti itu memerlukan orang yang mempunyai pengalaman, perspektif dan idea yang berbeza supaya ia dapat terus memperbaharui dirinya dan bertindak balas dengan berkesan terhadap cabaran masa depan.
PM Wong juga menggesa para aktivis sedia ada agar meluaskan lingkungan parti dengan mendekati rakan-rakan yang mengambil berat tentang Singapura dan mewujudkan ruang di mana idea dan sumbangan mereka dihargai.
Mengakhiri ucapannya dengan seruan untuk bertindak, PM Wong mengakui bahawa ramai rakyat muda Singapura kadangkala berasa sinis atau percaya bahawa "tiada apa yang akan berubah" atau "politik tidak berbaloi".
"Apabila itu berlaku, ingatlah: Singapura dibina oleh pemuda dan pemudi yang enggan tunduk kepada sikap sinis," katanya.
INISIATIF BAHARU UNTUK AKTIVIS BELIA PAP
Pada Sabtu, sayap belia parti itu mengumumkan pelancaran Akademi PAP Muda, iaitu platform untuk melibatkan dan menghubungkan pemimpin muda melalui program menjalin rangkaian, bimbingan dan pembangunan kepimpinan dengan kerjasama pertubuhan seperti Belia NTUC.
Fellowship Tindakan YP 40 Bawah 40 menyokong aktivis PAP Muda melalui bengkel di mana mereka boleh mengubah idea mereka menjadi tindakan. Seramai 40 aktivis PAP Muda yang terpilih akan diberi geran permulaan projek bernilai S$5,000 (US$3,900) untuk merealisasikan rancangan mereka menjelang pertengahan 2027.
Pengerusi PAP Muda Alvin Tan, timbalan pengerusi Syed Harun Alhabsyi dan penasihat Hazlina Abdul Halim turut berucap kepada para peserta dan memperkenalkan inisiatif baharu tersebut.
Encik Tan, yang menyandang jawatan itu pada tahun 2025, berkata PAP Muda akan memberi tumpuan kepada misi teras kepimpinan.
"Bagi kami di PAP Muda, kepimpinan tidak pernah hanya tentang kata-kata, tetapi tentang tindakan. Dan tindakan itu ditakrifkan oleh kerja keras dasar, program yang aktif, serta khidmat kepada masyarakat di lapangan," kata Encik Tan.
"Kami mahu membentuk pemimpin yang boleh memberi impak di tempat kerja, dalam masyarakat dan di rumah. Kami mahu melahirkan pemimpin untuk negara. Dan kami bukan mencari pemimpin yang sempurna, tetapi pemimpin yang tulen."
Encik Tan menyatakan bahawa dalam politik moden, terdapat "godaan berterusan untuk mengutamakan naratif berbanding kebenaran" serta tanggapan bahawa “selagi imej kelihatan baik, kebenaran boleh diuruskan”.
"Itulah politik yang berasaskan penampilan, tetapi kepimpinan tulen bukanlah tentang penampilan. Kepimpinan tulen bermaksud memilih perkara yang betul walaupun ia lebih sukar, berbanding perkara yang salah tetapi lebih mudah, dan itulah etos PAP."

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.