Skip to main content

Singapura

PAP akan terus cari calon wanita untuk jadi anggota

Parti Tindakan Rakyat, PAP akan terus mencari calon-calon wanita untuk menjadi anggotanya meskipun rakyat Singapura pada amnya elak untuk memasuki politik.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Mar 2019 09:05PM Dikemas Kini : 09 Mar 2019 09:15PM

SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat, PAP akan terus mencari calon-calon wanita untuk menjadi anggotanya meskipun rakyat Singapura pada amnya elak untuk memasuki politik.

Demikian kata Pengerusi Cabang Wanita PAP, Josephine Teo, semasa ditemui di luar acara sambutan Hari Wanita Sedunia.

Dewan itu dipenuhi sesak dengan lebih 250 kaum hawa daripada Cabang Wanita PAP.

Menurut Pengerusi Cabang Wanita PAP, Josephine Teo, lazimnya rakyat Singapura enggan menceburi politik.

"Kami sudah cuba untuk mendekati seramai orang yang mungkin - dari berbagai latar belakang dan pekerjaan yang berbeza serta juga kumpulan usia berlainan. Kami perlu berbuat demikian dengan lebih gigih lagi untuk membawa masuk kaum wanita kerana jika orang lelaki kita tidak tampil ke hadapan maka, golongan wanita pun barangkali bertindak begitu," kata Cik Josephine Teo.

Cik Teo mengakui walaupun lebih ramai wanita terbuka kepada politik, ramai lagi yang lebih suka menyumbang secara sukarela.

Selain daripada meraikan Hari Wanita Sedunia, Cabang Wanita PAP itu juga berpeluang mendekati para pemimpin Singapura untuk membincangkan inisiatif Belanjawan 2019 dalam satu sesi dialog tertutup. 

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita