PAP akan putuskan tindakan terhadap Christopher de Souza susuli keputusan rayuan
Anggaran Waktu Membaca:

AP GRC Holland-Bukit Timah Christopher de Souza berucap semasa perbahasan di Parlimen pada 28 Nov 2022.
SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) menyatakan ia akan menantikan keputusan rayuan yang dikemukakan peguam dan Anggota Parlimen Christopher de Souza dalam kes salah laku profesional, sebelum memutuskan sebarang tindakan yang wajar diambil.
Encik de Souza berdepan dengan kemungkinan dikenakan tindakan disiplin selepas sebuah tribunal mendapati beliau membantu anak guamnya untuk tidak mendedahkan bukti dengan menyiapkan dan memfailkan afidavit yang mengecualikan maklumat tertentu.
Kes tersebut berkaitan kelakuan Encik de Souza semasa bertindak sebagai peguam dengan Lee & Lee, untuk kliennya Amber Compounding Pharmacy dan Amber Laboratories dalam kes saman di Mahkamah Tinggi.
Encik de Souza juga merupakan Anggota Parlimen GRC Holland-Bukit Timah dan Timbalan Speaker Parlimen.
Beliau dikenakan lima tuduhan semasa prosiding tribunal disiplin dan dibebaskan daripada empat tuduhan.
"Encik de Souza memaklumkan kepada kami bahawa beliau menolak sebarang dakwaan salah laku. Beliau akan membentangkan pendirian beliau berhubung satu tuduhan itu dalam rayuan yang dikemukakan kepada Mahkamah Tiga Hakim," menurut PAP sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp pada Selasa (6 Dis).
"Kami akan menantikan keputusan Mahkamah Tiga Hakim, dan menentukan tindakan yang sewajarnya selepas keputusan dibuat."
Parti itu menambah: "Integriti, kejujuran dan amanah adalah asas penting bagi parti. Kedudukan setiap Anggota Parlimen PAP mencerminkan parti, dan parti mengharapkan semua Anggota Parlimen untuk menegakkan standard tertinggi."

Kes tersebut tertumpu pada dokumen-dokumen yang diperoleh Amber menerusi perintah pencarian pada 2018 dalam kes saman di Mahkamah Tinggi terhadap seorang bekas pekerja dan syarikat barunya.
Amber diwakili oleh Dodwell & Co ketika itu.
Perintah pencarian dikeluarkan dengan syarat, Amber tidak akan menggunakan sebarang maklumat atau dokumen yang diperoleh kecuali untuk prosiding kes di Mahkamah Tinggi.
Amber menyemak dokumen-dokumen itu dan berpendapat bahawa sebahagian daripadanya mendedahkan kesalahan jenayah serius dilakukan oleh pihak defendan. Dengan melanggar syarat-syarat ditetapkan, Amber mengemukakan tiga aduan pada 2018 kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan Pasukan Polis Singapura (SPF), yang mendedahkan kandungan 10 dokumen.
Kemudian pada 2018, Lee & Lee dihubungi untuk bertindak bagi pihak Amber berhubung aduan-aduan yang dibuat kepada polis dan pihak-pihak berkuasa lain. Perhubungan dalaman di firma itu menunjukkan bahawa Encik de Souza, rakan kongsi Lee & Lee, serta rakan-rakan sekerjanya, sedia maklum tentang pelanggaran syarat itu.
Emel yang dikirimkan oleh Lee & Lee kepada Amber pada 5 Dis 2018 menasihatkannya untuk mengambil langkah segera untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Di bawah tuduhan yang dihadapi oleh Encik de Souza, beliau didakwa membantu Amber menyelindung bahan bukti ketika beliau membantu seorang wakil Amber memfailkan afidavit yang tidak melampirkan dokumen-dokumen tertentu yang mendedahkan pelanggaran syarat oleh Amber.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, peguam Encik de Souza berkata "tidak muncul sebarang pertikaian sama sekali" bahawa anak guam mereka bertindak dengan "penuh integriti dalam menguruskan perkara itu pada setiap masa".

Sumber : CNA/ZM/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.