Pantai Tanjong di Sentosa terjejas akibat tumpahan minyak
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan di Sentosa, selepas sekurang-kurangnya satu pantai dilitupi minyak pada Sabtu (15 Jun) pagi.
Setakat pukul 9.00 pagi, minyak hitam dilihat melitupi sebahagian besar Pantai Tanjong, tempat popular bagi aktiviti riadah.
Pada Jumaat (14 Jun), tumpahan minyak berlaku di perairan Terminal Pasir Panjang apabila sebuah kapal korek bertembung dengan kapal minyak yang tidak bergerak.
Pertembungan tersebut yang berlaku pada pukul 2.20 petang, menyebabkan minyak daripada kapal kargo di atas kapal minyak Marine Honour, tumpah ke laut.
Satu kenyataan media oleh Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada pukul 6.00 petang menyatakan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan, dan tumpahan minyak itu sudah dikawal.
Terminal Pasir Panjang terletak di tanah besar Singapura, beberapa kilometer ke barat Sentosa.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.