Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pantai Siloso dibuka semula bagi aktiviti berenang, kegiatan air susuli operasi bersihkan tumpahan minyak

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pantai Siloso di Sentosa telah dibuka semula satu setengah bulan lebih awal daripada jadual pembersihan selama tiga bulan yang dijangkakan.

Ini berikutan tumpahan minyak yang berlaku pada bulan Jun lalu, yang sekali gus menghentikan kegiatan air buat sementara waktu di Sentosa dan di beberapa pantai pulau-pulau selatan Singapura.

Para pengunjung kini boleh melakukan pelbagai kegiatan air, atau melanggani kedai-kedai berhampiran kawasan pantai.

Penyelesaian awal operasi dan pembukaan semula Pantai Siloso adalah disebabkan oleh "usaha bersepadu" dan "tindak balas menyeluruh terhadap tumpahan minyak".

Demikian diumumkan Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) pada Sabtu (3 Apr).

SDC menyatakan bahawa usaha yang diselaraskan oleh para pekerja, relawan dan pakar membantu mempercepatkan kerja-kerja pembersihan di Pantai Siloso.

Sementara itu, pantai Palawan dan Tanjong di Sentosa akan dibuka semula menjelang pertengahan Ogos.

PERSIAPAN BAGI PEMBUKAAN SEMULA

Sebagai persiapan bagi pembukaan semula Pantai Siloso, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) juga telah memantau mutu air di pantai itu secara berkala semasa kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Mutu air di pantai itu sudahpun kembali ke paras normal, jelas SDC.

SDC dan Majlis Kebersihan Awam juga telah menganjurkan sesi pembersihan sukarelawan untuk membantu menghapuskan bola tar dan serpihan marin dari Pantai Siloso menjelang pembukaan semula itu, nyata kenyataan media tersebut.

Hampir 450 peserta berhimpun bagi enam sesi yang dianjurkan dalam usaha memulihkan pantai Sentosa, kata SDC.

"Pembukaan semula Pantai Silosa mencerminkan kejayaan usaha pembersihan kami, yang diterajui oleh agensi-agensi pemerintah, disokong oleh para kakitangan, pakar, kontraktor dan sukarelawan," ujar Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.

PANTAI LAIN DI SENTOSA


Operasi pembersihan di Pantai Palawan dan Tanjong berada dalam fasa terakhir dan disasarkan selesai selewat-lewatnya pada pertengahan Ogos, jelas SDS.

"Perairan di pantai ini akan dibuka semula bagi kegiatan air sejurus selepas mutu air tersebut kembali ke paras normal," tambahnya.

SDC juga sedia maklum bahawa operasi pembersihan di Pantai Eagle Bay di Pulau Sekijang Pelepah (Lazarus Island) mencapai kemajuan yang baik dan disasarkan selesai sebelum pertengahan Ogos.

Tambahnya, para pengunjung tidak lama lagi akan dapat menikmati kegiatan air, yang disediakan pusat sukan laut di pulau itu.

Sumber : CNA/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan