Pantai Sembawang Park selamat bagi semua aktiviti air, diberikan gred 'Baik'
Mutu air di Pantai Sembawang Park bertambah baik selepas dua tahun dan kini selamat bagi semua aktiviti air, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Khamis (29 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mutu air di Pantai Sembawang Park bertambah baik selepas dua tahun dan kini selamat bagi semua aktiviti air, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Khamis (29 Jan).
Pantai Sembawang Park mendapat gred 'Baik' dalam penilaian pantai tahunan terkini selepas menerima gred 'Sederhana' pada 2024 dan 2025, menurut NEA dalam kenyataan medianya, sambil menambah ia kini selamat bagi aktiviti kontak utama.
Aktiviti kontak utama merujuk kepada kegiatan di mana seluruh badan atau muka dan bahagian atas tubuh seseorang sering direndam dan terdapat kemungkinan air akan ditelan, tambah agensi itu.
Ini termasuk berenang, papan luncur air, luncur layar dan latihan rendaman dalam air.
Orang awam sebelum ini dinasihatkan supaya tidak berenang di pantai Sembawang Park disebabkan oleh bacaan lebih kerap paras bakteria yang tinggi di dalam air.
SEMUA PANTAI DAPAT GRED 'BAIK'
Dalam penilaian terkini, ketujuh-tujuh pantai riadah di Singapura menerima gred 'Baik' dan dianggap sesuai bagi semua aktiviti air, menurut agensi tersebut.
Tujuh pantai riadah tersebut adalah Changi, Taman East Coast, Pasir Ris, Punggol, Pulau Seletar, Sembawang Park dan Pulau Sentosa.
Pantai-pantai riadah Singapura dinilai berdasarkan garis panduan mutu air riadah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Penilaian seterusnya pantai-pantai riadah Singapura akan diadakan pada Julai.
Penilaian terkini mengambil kira peningkatan jumlah bakteria Enterococcus (EC) di perairan pantai baru-baru ini, menurut NEA.
NEA menyatakan kehadiran bakteria EC di pantai mungkin berasal daripada pelbagai sumber, seperti pelepasan dari pusat tong sampah, perusahaan makanan dan tapak-tapak binaan
Amalan pengurusan sisa dan kebersihan yang tidak betul seperti membuang sisa air ke dalam longkang boleh menjejas mutu air di laluan air Singapura, ia menambah.
"Agensi-agensi Pemerintah masing-masing menjalankan pemeriksaan yang dipertingkat dan bekerjasama dengan piha berkepentingan untuk memastikan amalan pengurusan sisa dan pembersihan yang betul di estet-estet perumahan bagi mengurangkan kehadiran EC dalam laluan air kita," menurut NEA.
"Agensi-agensi pemerintah akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang."
NEA memberi amaran mungkin ada masa di mana jumlah bakteria EC di perairan pantai meningkat.
Para pengunjung pantai dinasihati supaya merujuk kepada Maklumat Mutu Air Pantai Jangka Pendek (BSWI) di laman NEA atau aplikasi myENV sebelum melakukan sebarang aktiviti air, menurut agensi tersebut.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.