Pantai Pasir Ris selamat untuk berenang selepas mutu air bertambah baik
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Google Street View)
SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Jumaat (24 Jan) menarik balik nasihatnya terhadap aktiviti berenang dan lain-lain seperti wakeboarding di Pantai Pasir Ris kerana mutu air sudah bertambah baik.
Pantai Pasir Ris diberi gred Sederhana tahun lalu disebabkan bacaan bakteria Enterococcus yang lebih kerap di perairannya, yang meningkatkan risiko jangkitan gastrousus apabila air itu ditelan.
Dalam latihan terkini bagi menentukan gred, pantai itu dinilai Baik dan kini sesuai untuk semua aktiviti air.
"Enam daripada tujuh pantai rekreasi diberi gred 'Baik' dalam latihan terkini dan sesuai untuk semua aktiviti air," menurut NEA dalam satu kenyataan media.
“Dengan keputusan gred pantai terkini, nasihat yang tidak menggalakkan berenang dan aktiviti hubungan utama lain di Pantai Pasir Ris ditarik balik.”
Satu-satunya pantai yang tidak mendapat gred Baik ialah Pantai Sembawang, walaupun mutu airnya bertambah baik berbanding tahun lalu apabila grednya diturunkan kepada Sederhana.
Orang awam dinasihati supaya tidak melakukan aktiviti berenang dan kegiatan lain yang memerlukan kontak langsung dengan air di Pantai Sembawang.
Kegiatan lain itu merujuk kepada aktiviti di mana seluruh badan atau muka dan tubuh seseorang sering diselamkan ke dalam air. Ini termasuk aktiviti seperti wakeboarding, windsurfing dan latihan selaman air.
"Aktiviti air tanpa kontak secara langsung, seperti belayar, berkayak dan berkanu boleh diteruskan seperti biasa," kata NEA.
Agensi itu menyatakan bahawa pantai rekreasi Singapura dinilai berdasarkan garis panduan mutu air rekreasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Latihan seterusnya bagi memberi gred adalah Julai 2025.
PUNCA PARAS BAKTERIA MENINGKAT
NEA menyatakan penemuannya menunjukkan bahawa paras bakteria Enterococcus yang tinggi di pantai Pasir Ris dan Sembawang mungkin berpunca daripada pelbagai sumber, seperti pusat tong sampah, kedai makanan dan tapak pembinaan.
Amalan kebersihan yang kurang baik, seperti menuang air yang mengandungi bahan buangan ke dalam longkang, sumber ini boleh menjejaskan mutu air di laluan air Singapura, jelas agensi itu.
“Agensi pemerintah masing-masing sudah bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk memastikan pengemasan dan langkah pengurusan sisa yang betul untuk mengurangkan bakteria Enterococcus di laluan air kita,” tambahnya.
Langkah-langkah ini termasuk memastikan pembuangan air sisa dan air basuhan dengan cara yang betul ke dalam pembetung di dalam premis.
Agensi juga sudah meningkatkan pemeriksaan di premis tersebut dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang amalan yang salah, kata NEA.
Pengunjung pantai digalakkan merujuk kepada Maklumat Mutu Air Jangka Pendek Pantai (BSWI) di laman NEA atau aplikasi myENV jika mereka berhasrat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti air, menurut agensi itu.

Sumber : CNA/SK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.