Skip to main content

Singapura

Panglima Tentera Nasional Indonesia dianugerahi Pingat Jasa Gemilang S'pura

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Panglima Tentera Nasional Indonesia dianugerahi Pingat Jasa Gemilang Singapura.

Jeneral Andika Perkasa berada di negara ini bagi lawatan pengenalan dan untuk menghadiri Dialog Shangri-La.

Jeneral Andika diiktiraf atas sumbangannya dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan antara tentera Singapura dengan Indonesia.

Kementerian Pertahanan menyatakan, di bawah kepimpinan Jeneral Andika, tentera kedua-dua negara berhasil meluaskan kerjasama pertahanan dan mengeratkan lagi jalinan antara rakyat.

Sementara itu, Singapura dan Thailand mengesahkan hubungan pertahanan yang rapat dan terjalin sejak sekian lama semasa lawatan sulung Ketua Laksamana Thailand ke Singapura.

Semasa pertemuan antara Laksamana Somprasong Nilsamai dengan Menteri Pertahanan Ng Eng Hen, kedua-dua pemimpin membincangkan peluasan kerjasama pertahanan antara angkatan laut kedua-dua negara.

Sumber : CNA/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita