Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pangkalan data online diperkenal bagi pantau suplemen kesihatan, ubat tradisional

Satu pangkalan data online akan diperkenalkan dengan tujuan untuk menyenaraikan pemakanan tambahan yang selamat bagi maklumat para pengguna.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jul 2022 08:09PM Dikemas Kini : 23 Jul 2022 10:58PM
SINGAPURA: Satu pangkalan data online akan diperkenalkan dengan tujuan untuk menyenaraikan pemakanan tambahan yang selamat bagi maklumat para pengguna.

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mempelawa syarikat-syarikat untuk mengemukakan maklumat tentang produk-produk yang dijual di Singapura mulai 1 Ogos nanti.

Produk-produk itu perlu menepati piawaian keselamatan dan mutu.

Pangkalan data itu akan membantu meningkatkan piawai bagi produk ubat-ubatan, pemakanan tambahan dan ubat tradisional.

Ia juga akan membantu pihak berkuasa memantau produk-produk itu sekiranya terdapat isu keselamatan atau mutu.

Fasa pertama akan menyertakan produk seperti vitamin, zat tambahan dan produk melangsingkan badan serta melegakan sakit.

Senarai itu akan diperluas kemudian.

Semasa Kongres Farmasi, Menteri Negara Kanan Kesihatan Janil Puthucheary berkata produk-produk kesihatan lazimnya diambil oleh para pengguna Singapura dan para ahli farmasi perlu memainkan peranan.
 
Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan