Skip to main content

Singapura

Panggung MBS buka semula 18 Dis bagi konsert secara langsung tampilkan artis tempatan

Back to Live adalah sebahagian daripada percubaan Kementerian Kesihatan untuk melakukan ujian sebelum sebuah acara diadakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Panggung MBS buka semula 18 Dis bagi konsert secara langsung tampilkan artis tempatan

Antara artis dalam konsert Back to Live MBS, Benjamin Kheng, Aisyah Aziz, Charlie Lim dan Narelle. (Gambar: Marina Bay Sands)

Diterbitkan : 11 Dec 2020 03:08PM Dikemas Kini : 11 Dec 2020 03:09PM

SINGAPURA: Konsert siaran langsung selama dua hari menampilkan penyanyi Aisyah Aziz dan artis Singapura lain akan diadakan di Sands Theatre di Marina Bay Sands (MBS) pada 18 dan 19 Disember, dengan lebih 500 penonton dibenarkan menghadirinya setiap malam.

Konsert itu adalah persembahan pertama di Sands Theatre sejak ia ditutup disebabkan pandemik COVID-19.

Konsert rintis dua hari itu juga adalah acara muzik secara langsung terbesar Singapura sejak tempoh "pemutus rantaian", tambah MBS dalam satu kenyataan media.

Para penonton perlu menjalani ujian COVID-19 yang disediakan secara percuma.

Konsert diberi nama Back to Live itu juga akan menampilkan pemenang Singapore Idol, Sezairi Sezali, dan penggubah lagu serta penyanyi, Charlie Lim, dengan penampilan artis tetamu khas Narelle, KEYANA, THELIONCITYBOY dan Linying.

Back to Live adalah sebahagian daripada percubaan Kementerian Kesihatan untuk melakukan ujian sebelum sebuah acara diadakan.

Para penonton perlu mendapat keputusan negatif ujian pantas antigen (ART) sebelum masuk dan perlu mematuhi langkah pengurusan selamat.

MBS bekerjasama dengan AEG dan Collective Minds bagi konsert itu. Maklumat tambahan boleh didapati di www.collectiveminds.asia. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita