Panel suria akan dipasang di lebih 1,000 blok HDB dan tapak pemerintah, termasuk sekolah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Aaron Low/TODAY
SINGAPURA: Lagi 1,075 block HDB di Singapura akan dilengkapi dengan panel suria, menaikkan jumlah keseluruhannya kepada hampir 5,000.
Ini bermakna, keupayaan tenaga suria HDB kini mampu menjana kuasa kepada 114,000 flat empat bilik.
Ini sekitar 85 peratus daripada sasaran HDB menjelang tahun 2030.
Lebih 320,000 panel suria akan dipasang di 1,075 blok HDB dan 101 bangunan milik pemerintah, dengan jumlah kapasiti suria sebanyak 130 megawatt-peak (MWp).
Ia kira-kira 15 peratus lebih tinggi berbanding anggaran awal 113 MWp, menurut HDB dalam satu kenyataan media pada Selasa (27 Feb).
Sebaik sahaja ia beroperasi sepenuhnya, projek itu akan membekalkan kuasa kepada lebih daripada 50,000 flat empat bilik dan berpotensi mengurangkan pelepasan karbon sekurang-kurangnya 96,360 tan metrik setiap tahun, menurut syarikat itu.
Pemasangan panel suria itu dijangka bermula pada suku kedua tahun ini dan siap menjelang suku ketiga 2026.
Sebanyak 1,075 blok HDB itu adalah di bawah majlis bandaran Aljunied-Hougang, Nee Soon dan Sengkang.
Tapak pemerintah merangkumi sekolah, bangunan hospital dan pusat beli-belah.

Sumber : CNA/SM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.