Skip to main content

Singapura

Panel rakyat yang bakal dilancarkan satukan rakyat S'pura bentuk budaya pekerjaan

 Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata beliau yakin bahawa panel rakyat yang bakal dilancarkan tidak lama lagi untuk mengkaji cara-cara meningkatkan keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan, akan menyatukan rakyat Singapura untuk membentuk budaya pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Jun 2019 10:37PM Dikemas Kini : 16 Jun 2019 10:55PM

SINGAPURA: Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata beliau yakin bahawa panel rakyat yang bakal dilancarkan tidak lama lagi untuk mengkaji cara-cara meningkatkan keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan, akan menyatukan rakyat Singapura untuk membentuk budaya pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.

Panel itu merupakan contoh kaedah baru yang dilaksanakan kepimpinan generasi keempat Singapura untuk berganding bahu dengan rakyat bagi membentuk dan melaksanakan dasar-dasar negara ini.

Dalam catatan Facebooknya, Cik Teo berkata keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan di luar tempat kerja merupakan perkara yang dekat di hati ramai rakyat Singapura yang mengimbangi tuntutan kerjaya dengan tanggungjawab keluarga.

Beliau mengimbas kembali, bagaimana beberapa tahun lalu tidak semua pihak yang senang dengan saranannya untuk menggandakan cuti bapa kepada dua minggu.

Kini sekitar 53 peratus golongan bapa yang baru menimang cahaya mata mengambil cuti bapa.

Ini berbanding kurang daripada 5 peratus di negara-negara Asia seperti Korea Selatan dan Jepun.

Panel rakyat yang akan dilancarkan itu adalah antara inisiatif yang diumumkan semalam oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, di dialog mengenai masa depan Singapura. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita