Panel rakyat diadakan teroka landskap pekerjaan negara
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Institute of Policy Studies/Jacky Ho)
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata ekonomi yang sihat dan rancak akan menyebabkan sebilangan jenis pekerjaan menjadi lapuk pada masa depan disebabkan kemajuan teknologi.
Namun, beliau juga menekankan pekerjaan baru dengan gaji serta daya penghasilan lebih baik juga akan muncul.
"Bukanlah cadangan baik untuk melindungi pekerjaan-pekerjaan itu kerana ia akan menghambat proses inovasi serta mencegah kewujudan pekerjaan baru yang lebih baik. Pusaran ekonomi memerlukan individu mengubah suai kepada perubahan agar mempelajari kemahiran baru," kata Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong.
DPM Wong disertai Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng dalam satu panel rakyat yang meneroka landskap pekerjaan negara.
Para peserta berkongsi idea mereka termasuk saranan untuk membantu pekerja merancang kerjaya mereka dengan lebih baik dan sokongan kewangan bagi mereka yang tidak bekerja.
DPM Wong berkata pemerintah akan mempertimbangkan bagaimana idea-idea itu boleh disertakan dalam gerakan Melakar Hala Tuju SG.
Beliau menambah akan ada lebih banyak panel rakyat sedemikian pada masa depan sebagai sebahagian usaha melibatkan lebih ramai rakyat Singapura dalam penggubalan dasar

Sumber : CNA/RU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.