Skip to main content

Singapura

Panel Penasihat Penghukuman keluarkan garis panduan hukuman lebih tekal dan jelas

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Aug 2023 08:12PM Dikemas Kini : 15 Aug 2023 08:59PM
SINGAPURA: Pengakuan bersalah yang dibuat awal berkemungkinan membawa kepada pengurangan hukuman sehingga 30 peratus.

Ini menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh Panel Penasihat Penghukuman.

Penyelesaian kes yang lebih cepat juga mungkin dapat membantu para mangsa untuk meneruskan kehidupan lebih awal.

Buat masa ini, tertuduh memang diberi hukuman yang diringankan jika mereka mengaku bersalah.

Namun, garis panduan itu kini menyediakan keterangan yang lebih tekal dan jelas.

Ia menetapkan seberapa jauh hukuman boleh dikurangkan, berdasarkan bila pengakuan bersalah dibuat.

Panel itu menyatakan langkah itu bukan bertujuan menggalak tertuduh mengaku bersalah, sekiranya mereka ingin tuntut perbicaraan.

Hukuman juga tidak boleh dikurangkan di bawah tahap minimum undang-undang Singapura.

Seorang peguam jenayah berkata garis panduan itu membantu memberikan kejelasan tentang apa yang berlaku apabila pengakuan bersalah dilakukan.

Ketua Undang-undang Jenayah Quahe Woo and Palmer Sunil Sudheesan berkata: "Apabila tertuduh tahu secara khusus apa yang akan diterimanya dari segi keringanan hukuman, atau dari segi hukuman sebenar yang akan dikenakan, kepastian itu memberi mereka lebih keyakinan bagaimana untuk teruskan kes tersebut. Kebimbangan paling besar tertuduh adalah perkara yang tidak diketahui. Oleh kerana itulah, garis panduan ini diadakan untuk membantu mereka."
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita