Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Panel Penasihat Mobiliti Aktif lantik 4 anggota baru

Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) melantik empat anggota baru dan sedang meneruskan mesyuarat secara online di tengah keadaan COVID-19, umum pengerusinya Dr Muhammad Faishal Ibrahim pada Jumaaat (17 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Panel Penasihat Mobiliti Aktif lantik 4 anggota baru

Mesyuarat anggota AMAP (Gambar: Facebook/Prof Madya Muhammad Faishal Ibrahim)

Diterbitkan : 17 Apr 2020 03:12PM Dikemas Kini : 17 Apr 2020 03:18PM

SINGAPURA: Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) melantik empat anggota baru dan sedang meneruskan mesyuarat secara online di tengah keadaan COVID-19, umum pengerusinya Dr Muhammad Faishal Ibrahim pada Jumaaat (17 Mac).

Menulis demikian di laman Facebook, Dr Faishal yang juga merupakan Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan, menyenaraikan empat anggota baru tersebut, iaitu:

  1. Encik Ganesan s/o Kulandai, Ketua Pasukan Rondaan Mobiliti Aktif Tanjong Pagar-Tiong Bahru;
  2. Cik Jean See, Pengarah, Unit Pekerja Bebas dan Bekerja Sendiri (U FSE), NTUC;
  3. Cik Joyce Wong, Pengarah, Sumber dan Impak, SPD, dan;
  4. Prof Madya Yap Fook Fah, Sekolah Kejuruteraan Mekanikal dan Aeroangkasa, Universiti Teknologi Nanyang

"Setiap daripada kami di AMAP mewakili pihak berkepentingan yang berbeza, dengan sudut pandangan serta kemahiran berbeza - namun semua mempunyai komitmen sama untuk memastikan landskap mobiliti aktif kekal selamat dan bertenaga," kata Dr Faishal dalam catatannya.

"Meskipun dalam masa yang luarbiasa ini, kami meneruskan rancangan untuk membangunkan sebuah budaya penunggang yang selamat dan meneruskan kerja-kerja baik terutama dalam bidang pendidikan dan penguatkuasaan."

Beliau menambah bahawa panel tersebut akan terus "bekerjasama dengan Pemerintah" untuk menyiapkan industri dan masyarakat bagi pelaksanaan insurans wajib bagi pengguna peranti tahun ini.

"Saya tidak sabar menantikan berakhirnya tempoh 'Circuit Breaker' (pemutus rantaian jangkitan) dan apabila semua pengguna alat mobiliti aktif boleh keluar menikmati cahaya mentari dan sekitaran luar bersama-sama."

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan