Skip to main content

Singapura

Panel IPS galak rakyat SG cabar norma sosial dalam pelbagai isu termasuk penuaaan & perubahan iklim

Anggaran Waktu Membaca:
Panel IPS galak rakyat SG cabar norma sosial dalam pelbagai isu termasuk penuaaan & perubahan iklim

(Gambar hiasan: Lim Li Ting/TODAY)

Diterbitkan : 23 Jan 2024 12:23AM
SINGAPURA: Sedang anak muda berdepan dengan masa depan yang sukar diramal dan tidak menentu, rakyat Singapura perlu mula mencabar pelbagai amalan dan kepercayaan 'tradisional' masyarakat - daripada soal jagaan terbaik buat warga emas dalam masyarakat yang semakin menua ataupun bagaimana perubahan dapat benar-benar dilakukan dalam bidang perubahan iklim.

Usulan ini dikemukakan oleh pakar-pakar pada Isnin (22 Jan) yang menghadiri satu perbincangan panel di sidang puncak 'Singapore Perspectives 2024' bertajuk "The Terrain Ahead" (Perjalanan Masa Hadapan).

Panel di acara yang dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar (IPS) itu terdiri daripada:

- Cik Sarah Sanwari, ketua perkongsian syarikat perundingan media, SpudnikLab

- Dr Menusha De Silva, pensyarah ilmu alam di Universiti Nasional Singapura

- Profesor Madya Trevor Yu yang pakar dalam kelakuan organisasi di Universiti Teknologi Nanyang

Cik Farah bercakap tentang perubahan iklim dan peranan orang muda dalam isu tersebut. Dr De Silva pula menyentuh tentang alternatif kepada penjagaan warga emas sementara Profesor Madya Yu bercakap mengenai masa depan alam pekerjaan.

Walaupun bidang pengkhususan mereka berbeza-beza, ketiga-tiganya bersetuju bahawa cara terbaik untuk membantu golongan belia mengharungi masa depan tidak menentu adalah dengan mengadakan perbincangan bernas bermula dari sekarang.

Antara contoh dialog yang harus diadakan, menurut mereka, termasuk:

- Adakah cuaca yang berbahang disebabkan perubahan iklim akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan di tempat tertutup pada masa akan datang?

- Ada atau tidak sebarang takrif lebih luas bagi "keluarga" untuk merangkumi sahabat daripada zaman kanak-kanak dan rakan-rakan kerja?

- Ada atau tidak cara alternatif untuk menjaga warga emas selain mendaftarkan mereka ke rumah jagaan?

- Disebabkan ketidakpastian pada masa hadapan, apakah yang boleh dijangkakan para pekerja dari syarikat masing-masing, dan bagaimana pula para majikan boleh mendampingi mereka dengan lebih baik?

Panel tersebut disiarkan secara langsung dan disertai lebih 800 individu di alam maya.
Sumber : Today/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita