Panel disiplin WP selesai jalankan siasatan terhadap Pritam Singh
Sebuah panel disiplin Parti Pekerja (WP) yang menjalankan siasatan terhadap setiausaha agungnya, Pritam Singh, sudah melengkapkan siasatan sama ada ketua parti itu melanggar perlembagaan parti, menyusuli sabitan mahkamah terhadapnya kerana berbohong kepada sebuah jawatankuasa parlimen.
“Panel tersebut akan membentangkan laporan akhir dan saranannya kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada April,” menurut WP dalam satu kenyataan pada Sabtu (4 Apr).
“Notis Persidangan Khas Ahli Kader akan dikeluarkan dalam masa dua minggu selepas itu,” tambahnya.
Panel disiplin itu ditubuhkan oleh CEC pada Januari lalu, menyusuli keputusan Mahkamah Tinggi untuk mengekalkan sabitan terhadap Encik Pritam pada Disember 2025 selepas rayuan dibuat.
Panel tersebut dianggotai Anggota Parlimen Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Sengkang Jamus Lim dan He Ting Ru, serta bekas Anggota Parlimen Hougang, Png Eng Huat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.