Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Panduan & wang bagi penjaga warga emas sakit diperkenal CDC Barat Daya

Usaha menjaga anggota keluarga yang sudah lanjut usia atau sakit pastinya sesuatu yang mencabar - baik dari segi kewangan mahupun fizikal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Dec 2018 09:06PM Dikemas Kini : 01 Dec 2018 09:09PM

SINGAPURA: Usaha menjaga anggota keluarga yang sudah lanjut usia atau sakit pastinya sesuatu yang mencabar - baik dari segi kewangan mahupun fizikal.

Cik Rozilah Chekman tidak lepas daripada cabaran-cabaran seperti itu sedang beliau menjaga ibunya.

"Salah satu cabaran yang saya hadapi ialah saya perlu menyesuaikan masa untuk Ibu. Saya cuma ada masa untuk dia semasa hujung minggu dan malam saja," kata Cik Rozilah.

Bagi membantu para penjaga mengatasi cabaran-cabaran seperti itu, satu panduan akan diperkenalkan menjelang Mac depan. Ia mengandungi nasihat-nasihat untuk menjaga orang dikasihi yang sakit atau uzur. Bukan itu sahaja, nasihat juga diberikan bagi mereka yang menjaga golongan ini.

Ia turut menyertakan satu penilaian bagi para penjaga untuk menilai tahap tekanan yang dihadapi dan sekiranya mereka memerlukan bantuan.

Rancangan itu merupakan sebahagian daripada daya usaha di bawah fasa kedua program Caregiving@South West yang dilancarkan siang tadi (1 Dis). Ia bertujuan memberikan lebih banyak sokongan kepada para penjaga. Di samping sokongan lebih baik bagi mereka, bantuan bernilai $500 akan diagihkan bagi membantu meringankan beban.

Fasa pertamanya, meraikan usaha menjaga orang-orang disayangi, dilancarkan pada Januari lalu.

Satu lagi daya usaha adalah untuk membantu para majikan lebih memahami dan menyokong para pekerja yang menjadi penjaga, bakal dilancarkan menjelang Mac depan.

Dianggarkan 25 peratus warga Singapura akan berusia lebih 65 tahun menjelang 2030. 

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan