Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Panduan baru bagi Pemerintah dan syarikat ASEAN dapatkan pendanaan mampan

Anggaran Waktu Membaca:
BALI: Satu panduan yang diperkemas ingin membantu Pemerintah dan syarikat-syarikat ASEAN supaya memanfaatkan kewangan hijau.

Versi kedua Taksonomi ASEAN akan memberi panduan tentang cara memanfaatkan pendanaan demi mencapai matlamat iklim serantau.

Panduan tersebut dilancarkan di satu acara sampingan sempena pertemuan ASEAN di Bali.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong yang menghadiri mesyuarat itu pada Khamis (30 Mac)memberikan garis panduan berdasarkan tiga 'D'.

"Pertama - Data. Kita perlu lebih banyak data agar pihak bank, institusi kewangan dapat pantau, apa yang sebenarnya berlaku," katanya.

"'D' kedua - Dedah. Kita perlu pendedahan serta laporan yang tepat supaya ada kebertanggungjawaban, dan institusi kewangan yang menyediakan dana, berasa terjamin tiada pengeliruan kononnya mampan. 'D' ketiga adalah berkenaan Definisi. Di situlah taksonomi (sistem klasifikasi) amat penting," kata Encik Wong.

DPM Wong menambah, Singapura boleh menjadi hab kewangan hijau serantau di mana pembiayaan bagi projek tenaga boleh diperbaharui, dapat dilakukan secara tetap.

"Kami rasa kami punya peranan dan tanggungjawab untuk melakukan yang terdaya sebagai pemangkin bagi pendanaan sektor privet untuk projek-projek peralihan di seluruh Asia Tenggara. Dan kami akan terus bekerja dengan semua rakan kongsi untuk mempercepat pendanaan hijau agar Asia Tenggara dan ASEAN bergerak menuju ke arah masa depan sifar bersih karbon," tambah Encik Wong.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan