Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pandangan pihak berkepentingan dipertimbang semasa namakan sekolah yang digabungkan: MOE

Anggaran Waktu Membaca:
Pandangan pihak berkepentingan dipertimbang semasa namakan sekolah yang digabungkan: MOE

Gambar: CNA

Diterbitkan : 18 Apr 2022 02:34PM Dikemas Kini : 18 Apr 2022 02:34PM

SINGAPURA: Apabila menamakan sekolah-sekolah yang digabungkan, Kementerian Pendidikan (MOE) menerima pandangan dan maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan mengenai sekolah yang terlibat, menurut kementerian itu pada Khamis (14 Apr).

Menjawab soalan mengenai gabungan Sekolah Menengah New Town dan Sekolah Menengah Tanglin, Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan bahawa pihaknya sudah mempertimbangkan beberapa faktor dalam menamakan sekolah tersebut.

MOE juga mempertimbangkan sama ada mengekalkan atau menggabungkan nama salah satu daripada sekolah yang digabungkan itu adalah "bermakna dan sesuai".

"Dalam melakukan sedemikian, sekolah-sekolah yang terjejas menerima pandangan dan maklum balas daripada pihak berkepentingan melalui pengetua sekolah masing-masing," MOE memaklumkan kepada Mediacorp.

Mulai 2023, Sekolah Menengah Tanglin akan bergabung dengan Sekolah Menengah New Town.

Sekolah yang digabungkan itu akan terletak di tapak Sekolah Menengah New Town.

Satu petisyen online di laman change.org muncul berhubung nama sekolah yang digabungkan.

Petisyen itu menyeru agar nama Sekolah Menengah Tanglin dikekalkan. Ia sudah menerima 1,500 tandatangan dalam masa dua minggu.

Dalam menjawab soalan Mediacorp, Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa sebuah bangunan atau kemudahan sekolah yang digabungkan itu akan dinamakan "Tanglin" untuk mengekalkan sejarah dan warisan Sekolah Menengah Tanglin.

Sejarah dan warisan kedua-dua sekolah juga akan "dirakam secara rasmi" dan dipelihara di ruang warisan di sekolah yang digabungkan, tambah MOE.

"Kami faham bahawa menamakan sekolah membawa maksud yang besar dan berterima kasih atas sokongan dan pemahaman pihak berkepentingan. MOE akan terus bekerjasama dengan sekolah dan pihak berkepentingan untuk menjalin identiti yang kukuh untuk sekolah yang digabungkan."

Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa