Pancuran tahi bintang Perseid di langit SG: Apa itu dan bila ia boleh dilihat?
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: AP/NASA/Bill Ingalls
SINGAPURA: Singapura, bersiap sedia untuk lagi satu pancuran tahi bintang.
Jika anda terlepas peluang untuk menyaksikan sendiri Delta Aquariids pada Julai lalu, ini adalah kesempatan untuk menyaksikan satu lagi, yang dikenali sebagai salah satu pancuran tahunan yang lebih terang.
Menurut Balai Cerap Pusat Sains pada Selasa (8 Ogos), Perseid berlaku setiap tahun antara pertengahan Julai dengan lewat Ogos.
Pancuran tersebut, yang bermula pada 17 Julai, akan mencapai kemuncaknya sekitar 13 Ogos dan berlanjutan sehingga 24 Ogos.
Jadi apakah itu Perseid dan bagaimana untuk menyaksikannya di Singapura?
APA ITU PERSEID?
Pancaran tahi bintang itu dipanggil Perseid memandangkan pancuran tersebut muncul dari arah yang sama dengan konstelasi Perseus.
BILA BOLEH SAYA SAKSIKANNYA DI SG?
Ia sukar untuk mengesan kegiatan cakerawala tersebut di Singapura disebabkan keadaan pemandangan di negara ini," menurut balai cerap tersebut.
Namun, waktu yang terbaik untuk menyaksikan sekilas fenomena tersebut adalah pada 13 Ogos sekitar pukul 4.00 pagi. Itulah masanya apabila konstelasi cukup tinggi di atas kaki langit.

DI MANA UNTUK SAKSIKAN PANCURAN TAHI BINTANG?
Lokasi terbaik ialah kawasan terbuka dengan persekitaran yang tidak disekat dan kurang pencemaran cahaya seperti taman alam semula jadi, pantai dan takungan, menurut Balai Cerap Pusat Sains.
BILAKAH PANCURAN TAHI BINTANG SETERUSNYA?
Pancuran tahi bintang seterusnya yang dapat dilihat di Singapura adalah Geminids pada Disember.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.