Panahan petir punca gangguan jejas khidmat MRT di Laluan Utara-Selatan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Derrick Loh)
SINGAPURA: Khidmat kereta api di Laluan Utara-Selatan terganggu selama lebih dua jam pada Isnin (3 Jun) selepas panahan petir menyebabkan gangguan pada bekalan tenaga.
Tiada khidmat kereta api antara Stesen MRT Choa Chu Kang dan Woodlands, menjejas perjalanan waktu sibuk sebelah petang.
"Panahan petir menyebabkan kuasa cengkaman terputus," menurut pengendali pengangkutan SMRT dalam catatan Facebooknya.
"Siasatan awal mendapati kebakaran kecil melibatkan kotak kawalan tenaga yang terletak kira-kira 20 meter dari platform Stesen Kranji. Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat."
SMRT menyatakan sebelum ini bahawa gangguan cengkaman kuasa berlaku kira-kira pukul 5.50 petang, menjejas khidmat MRT antara Yew Tee dan Woodlands di kedua-dua arah.
Dalam kemas kini berikutnya, SMRT menyatakan bahawa Stesen MRT Choa Chu Kang turut terjejas.
Khidmat bas biasa dan bas penghubung percuma beroperasi antara Choa Chu Kang dan Woodlands disediakan di kedua-dua arah.
SMRT juga menasihatkan para penumpang supaya mengambil laluan perjalanan alternatif di Laluan Thomson-East Coast dan Laluan Circle.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.