Pameran “A World Without Cancer” perkasa anak muda sokong usaha perangi barah pangkal rahim
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: iStock
SINGAPURA: Memperkasa generasi seterusnya untuk menjadi pelapis penyokong usaha memerangi barah pangkal rahim dan membentuk masa depan yang lebih cerah dengan mendampingi keluarga masing-masing, orang tersayang serta orang awam secara amnya dalam memahami papilomavirus manusia (HPV).
Ini yang menjadi tunggak utama acara pertandingan seni yang pertama seumpamanya di Singapura, yang dipanggil "A World Without Cancer" ("Dunia Tanpa Barah").
Acara itu merupakan anjuran bersama Alliance for Active Action Against HPV (A4HPV) dan Tree Art.
Dianjurkan khususnya bagi golongan kanak-kanak dan belia, acara itu menggalak anak-anak muda untuk menyampaikan mesej pencegahan barah daripada lensa mereka menerusi sentuhan kreatif mereka.
Sebanyak 616 karya seni dihantar para peserta muda bagi pertandingan itu, yang berlangsung dari 4 Mac sehingga 14 April tahun ini, yang bertepatan dengan Hari Kesedaran HPV Antarabangsa, yang jatuh pada tanggal 4 Mac.
Ia seterusnya dipamerkan di Giving.sg, sejak 18 Mei 2024.
Jangkitan varian papilomavirus manusia (HPV) memainkan peranan sebagai punca sebahagian besar penyakit barah pangkal rahim, yang menjejas 80 peratus orang dewasa di seluruh dunia.
Sekalipun terdapat kemajuan dalam alat pencegahan barah pangkal rahim, ia masih kekal sebagai barah ke-10 yang paling lazim dihidapi kaum wanita dan keempat paling biasa yang dihidapi golongan wanita dalam lingkungan usia 30 sehingga 39 tahun di Singapura.
Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling menghadiri pameran seni "A World Without Cancer" dan majlis penyampaian hadiah di United Square pada Sabtu (29 Jun).
Kira-kira 200 hadirin, termasuk rakan masyarakat, artis muda dan keluarga mereka turut memeriahkan acara tersebut.
Di acara tersebut, beliau memuji kesungguhan para peserta muda, yang terdiri daripada kanak-kanak dan belia, dalam menzahirkan harapan mereka menerusi karya masing-masing dan menyifatkan dedikasi mereka sebagai sumber inspirasi sebenar dalam memerangi barang pangkal rahim.
"Dalam menangani topik kesihatan yang penting seperti barah, kami memerlukan sokongan dan keihsanan pelbagai kumpulan sosial, masyarakat, dan perniagaan," ujar Cik Sun
"Saya harap lebih banyak lagi kumpulan dan individu sedemikian akan tampil untuk menyokong keluarga, terutamanya mereka yang memerlukan bantuan, dalam memerangi barah. Marilah kita bersatu padu supaya kita boleh bergerak ke hadapan ke arah dunia yang kurang satu barah!" ujarnya.
"A World Without Cancer" merupakan satu gerakan oleh A4HPV, yang disokong Giving.sg.
Pertandingan seni itu sekali gus melancarkan inisiatif kempen kutipan dana bagi SATA CommHealth, untuk menghapuskan barah pangkal rahim di Singapura, yang menyasarkan untuk mengumpul sebanyak S$1 juta.
Setakat ini, sejumlah S$800,000 sudah diikrarkan secara kolektif oleh semua rakan gerakan - dalam bentuk barangan dan perkhidmatan serta sumbangan tunai - untuk menyokong inisiatif masyarakat SATA CommHealth, yang bertujuan melindungi lebih ramai wanita antara usia 27 dengan 45 tahun daripada barah pangkal rahim melalui vaksin HPV.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.