Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pameran wisata NATAS pada Mei dibatalkan sedang COVID-19 terus menular

Di tengah-tengah penularan COVID-19 yang menggesa pelbagai negara untuk mengeluarkan nasihat perjalanan, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Kebangsaan Singapura (NATAS) sudahpun membatalkan sebuah pameran yang dijadual berlangsung pada Mei nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Pameran wisata NATAS pada Mei dibatalkan sedang COVID-19 terus menular

Pameran wisata NATAS (Gambar: Facebook/NATAS)

Diterbitkan : 19 Mar 2020 11:26PM Dikemas Kini : 19 Mar 2020 11:28PM

SINGAPURA: Di tengah-tengah penularan COVID-19 yang menggesa pelbagai negara untuk mengeluarkan nasihat perjalanan, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Kebangsaan Singapura (NATAS) sudahpun membatalkan sebuah pameran yang dijadual berlangsung pada Mei nanti. Ia juga akan "membuat keputusan dalam masa terdekat" sama ada untuk mengambil keputusan serupa untuk satu lagi acara pada lewat tahun ini.

Persatuan itu biasanya menganjurkan dua acara pelancongan besar-besaran dalam setahun - satu pada Februari atau Mac manakala yang kedua pula pada Ogos atau September.

Ia merancang untuk mengadakan pameran pariwisata yang pertama untuk tahun ini pada bulan lalu tetapi memutuskan untuk menangguhkannya pada awal bulan Mei berikutan penularan COVID-19.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (18 Mei), NATAS menyatakan ia kini membatalkan acara tersebut setelah membuat pertimbangan teliti mengenai perkembangan terkini, termasuk nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Singapura dan negara-negara lain, penilaian risiko kesihatan awam serta sentimen percutian yang tidak menentu.

"Sebahagian besar" ejen yang mengambil bahagian menyokong keputusan untuk membatalkan acara itu, menurut NATAS, sambil menambah ia akan menawarkan bayaran balik penuh kepada ejen-ejen terlibat.

NATAS juga sedang menyemak semula status pameran pariwisata yang dijadual diadakan pada Ogos ini.

Industri pelancongan dan percutian luar negara adalah antara yang paling teruk terjejas oleh penularan COVID-19 sedang para pelancong mengelak daripada melawat ke sini manakala penduduk setempat pula mengurangkan perjalanan ke luar negara.

Pihak berkuasa menggesa rakyat Singapura supaya menangguhkan semua perjalanan ke luar negara di tengah-tengah risiko jangkitan COVID-19 yang dibawa masuk ke negara ini.

Ia juga mengumumkan pada Rabu bahawa semua rakyat dan penduduk tetap Singapura, pemegang pas jangka panjang serta pelawat jangka pendek yang memasuki Singapura dari jam 11.59 malam pada Jumaat akan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan