Skip to main content

Singapura

Pameran SPEKKOEK di ION Art Gallery tampilkan karya seni tembikar Dr Iskandar Jalil hingga 3 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
Pameran SPEKKOEK di ION Art Gallery tampilkan karya seni tembikar Dr Iskandar Jalil hingga 3 Jan

(Gambar: Kedutaan Jepun di Singapura/Facebook)

SINGAPURA: ION Orchard destinasi membeli-belah yang cukup terkenal di tengah pusat bandar, namun ia juga menempatkan sebuah galeri seni di aras empat. 

Sehingga 3 Januari depan, orang ramai boleh mengunjungi pameran 'SPEKKOEK: A Group Exhibition About Pottery' di ION Art Gallery, yang dipersembahkan oleh Temasek Potters dan Tembusu Art Gallery.

Pameran tersebut menampilkan lebih 100 hasil karya tembikar buatan penerima anugerah Pingat Kebudayaan Singapura, Dr Iskandar Jalil, dan tiga pelajarnya - Law Shu Na, Loi SH Adam serta Wong CM Alicia. 

Ia dinamakan sempena istilah Belanda untuk kuih lapis dan mencedok inspirasi daripada persamaan antara proses membakar kek itu dengan menghasilkan tembikar.

(Gambar: Kedutaan Jepun di Singapura/Facebook)

Sewaktu majlis pembukaan rasmi pameran tersebut, tetamu terhormat, Dr N Varaprasad, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap Pengetua Pengasas Politeknik Temasek yang juga Pengasas serta Rakan Kongsi Kumpulan Perundingan Pendidikan Singapura, mengambil kesempatan untuk memperingati Institut Vokasional Baharuddin (BVI) iaitu sekolah seni gunaan pertama Singapura dan tempat di mana Dr Iskandar pernah mengajar suatu ketika dahulu.

Walaupun BVI kemudian berada di bawah naungan Politenik Temasek, Dr Varaprasad menekankan betapa ia membina asas bagi arena seni tanah air.

Pada 2010 pula, Dr Iskandar dan para pelajarnya mengasaskan Temasek Potters di Politeknik Temasek. 

Turut hadiri majlis pembukaan pameran itu adalah Duta Jepun ke Singapura, Hiroshi Ishikawa. 

(Gambar: Kedutaan Jepun di Singapura/Facebook)

Pameran Spekkoek menampilkan pelbagai tema - dari alam semula jadi ke sejarah hinggalah proses. Namun satu tema yang paling jelas terserlah adalah pendidikan - perkongsian pengetahuan, kemahiran dan perspeketif dari guru ke pelajar. 

Walaupun karya-karya yang ditonjolkan di pameran itu mempunyai estetik yang tampil serupa, para pelajar Dr Iskandar juga bereksperimen dengan pelbagai teknik dan rupa bentuk baru di bawah bimbingannya.

Pameran 'SPEKKOEK: A Group Exhibition About Pottery'

ION Art Gallery, ION Orchard, Tingkat 4

24 Disember 2022 - 3 Januari 2023, pukul 10.00 pagi - 10.00 malam

Masuk adalah percuma.

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita