Skip to main content

Singapura

Pameran Smart Nation PlayScape papar elemen interaktif rungkai teknologi baru

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 May 2023 10:12PM Dikemas Kini : 29 May 2023 10:16PM
SINGAPURA: Blok rantai, kecerdasan buatan (AI), realiti tambahan (AR) dan biometrik.

Sains di sebalik semua teknologi ini mungkin susah untuk difahami.

Itulah sebabnya satu pameran baru di Pusat Sains Singapura, menggunakan permainan dan stesen interaktif untuk merungkai misteri di sebalik konsep-konsep tersebut.

Pameran Smart Nation PlayScape ini memaparkan lapan zon dengan pelbagai teknologi baru timbul.

Misalnya, para pengunjung boleh bermain dengan Kiub Rubik dan melihat betapa pantas sebuah robot dapat menyelesaikannya.

Pengajarannya, bagaimana robot ini boleh diprogram untuk melaksanakan tugas tertentu.

Pameran yang dilancarkan hari ini oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo ini, adalah hasil pelbagai idea dan maklum balas lebih 200 orang awam, termasuk para pelajar Sekolah Menengah Changkat Changi.

Pelajar Sekolah Menengah Changkat Changi, Nur Iqmal Yaqin berkata: "Saya rasa sangat gembira kerana terdapat peluang seperti ini dan saya telah memberikan maklum balas kepada Pusat Sains, kami telah mengadakan perbincangan kumpulan fokus dan saya telah memberikan maklum balas tentang beberapa stesen."
Sumber : CNA/IA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita