Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pameran Pelan Hijau CNA kongsi cara jimat tenaga dalam rumah

Lebih 120 penduduk Pasir Ris berpeluang mempelajari tentang peralatan rumah yang jimat tenaga menerusi pengalaman interaktif pada pagi Ahad (9 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jan 2022 08:57PM Dikemas Kini : 09 Jan 2022 09:00PM

SINGAPURA: Lebih 120 penduduk Pasir Ris berpeluang mempelajari tentang peralatan rumah yang jimat tenaga menerusi pengalaman interaktif pada pagi Ahad (9 Jan).

Ia adalah sebahagian siri kegiatan yang dianjurkan di bawah Pelan Hijau CNA. Ini sejajar dengan usaha Singapura berhubung kemampanan dan tindakan iklim.

Terdapat sebuah pameran yang menonjolkan jumlah tenaga elektrik yang digunakan oleh isi rumah.

Para pengunjung juga boleh mendapatkan tip bagi mengurangkan pelepasan gas dengan mengimbas kod QR yang disediakan di pameran tersebut.

Kegiatan serupa juga akan djalankan di 14 kawasan di merata Singapura.

Ia bertujuan mendidik para penduduk tentang pelbagai topik.

Misalnya, pameran di Bukit Panjang akan memberi tumpuan kepada alam semula jadi, manakala pameran di Pasir Ris pula menumpukan perhatian kepada isu tenaga.

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan