Pameran "Now is Not The Time" dibuka sempena ulang tahun kelahiran ke-100 mendiang Lee Kuan Yew
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemasangan seni canggih bagi memperingati ulang tahun kelahiran ke-100 Perdana Menteri Pengasas Encik Lee Kuan Yew.
Digelar "Now Is Not The Time", pameran itu membawa pengunjung menyusuri masa lampau Singapura serta menjangkau masa depannya.
Daripada arca konvensional hingga ke media digital.
Pameran itu membawa para pengunjung menyusuri sejarah negara menerusi pengalaman yang mengasyikkan.
Misalnya, animasi yang dihasilkan daripada data audio ucapan mendiang Encik Lee pada tahun 1980an.
Pengunjung juga boleh mengalami sendiri kemungkinan bentuk rupa Singapura 100 tahun akan datang.
Lebih 20 pelajar institusi-institusi pengajian tinggi menjayakan persembahan ini, dengan harapan dapat menarik kedua-dua golongan muda dan dewasa.
Pelajar tahun akhir Sekolah Reka Bentuk dan Media Politeknik Nanyang Delara Qistina Abas berkata: " Ia meluaskan idea saya tentang siapa sebenarnya Lee Kuan Yew. Pada mulanya, saya fikir Lee Kuan Yew sememangnya seorang pemimpin hebat Singapura. Tetapi kini saya juga pelajari bahawa beliau juga seorang yang penuh belas kasihan, seseorang yang berazam untuk membawa Singapura ke tahap lebih tinggi. Sangat menyentuh untuk mengetahui betapa cinta dan semangatnya untuk Singapura."
"Bagi generasi yang lebih matang, saya ingin mereka datang dan melihat sejauh mana Singapura sudah maju,untuk menghargai pencapaian kami menawarkan satu penyusuran seronok berteknologi tinggi serta mengubah dan menjelmakan Lee Kuan Yew dengan cara yang baharu," kata Pengasas X3D Studio Karen Seah, yang juga penerbit pameran itu.
Pameran tersebut bermula pada Ahad (10 Sep) hingga 24 September nanti.
Tiada bayaran masuk dikenakan.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.