Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pameran Kereta SG kembali menemui peminat pada 12-15 Januari

Acara pameran kereta besar-besaran di Singapura kembali diadakan selepas tiga tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pameran Kereta SG kembali menemui peminat pada 12-15 Januari

(Gambar: MTA)

Diterbitkan : 22 Dec 2022 06:54PM Dikemas Kini : 22 Dec 2022 07:41PM

SINGAPURA: Acara pameran kereta besar-besaran di Singapura kembali diadakan selepas tiga tahun.

Berlangsung pada 12 hingga 15 Januari 2023, Pameran Kereta Singapura 2023 akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura.

Kali ini, sebanyak 24 jenama automotif dipamerkan dengan beberapa model kereta baru termasuk kereta berkuasa elektrik yang menonjolkan teknologi hijau dan inovasi baru. 

Selain itu, para pengunjung dapat menyaksikan aksi mendebarkan hati oleh pemegang rekod Guinness World, Russ Swift.

Antara aksi yang dilakukan beliau termasuk 'Swift Parking', 'J-turns' dan aksi 'Donut'.

Dengan setiap pembelian tiket masuk, para pengunjung juga layak menyertai cabutan bertuah bagi peluang memenangi kereta Subaru Impreza 5D 2.0 i-S Eyesight AWD CVT atau Nissan Kicks e-Power Premium.

Pemenang cabutan bertuah akan diumumkan pada hari terakhir pameran iaitu pada 15 Januari 2023.

Tiket kemasukan boleh dibeli di Pusat Konvensyen Suntec pada harga S$12 untuk tiket previu (12 Januari 2023 dari pukul 1.00petang hingga 9.00 malam), S$8 bagi tiket awam. 

Pameran Kereta Singapura 2023 dianjurkan oleh Persatuan Peniaga Motor Singapura (MTA) bersama Mediacorp.

"Kami berbesar hati dapat menjalin kerjasama bersama Persatuan Peniaga Motor Singapura untuk sekali lagi mengadakan semula Pameran Kereta Singapura.

"Sejak pameran yang terakhir pada 2020, ramai yang rindu melihat kereta-kereta baru dipamerkan di samping keriuhan aktiviti-aktiviti lain di acara ini," kata Ketua Huraian Industri Mediacorp, Toh Dasheng.

Tiket ke acara ini boleh dibeli di lantai 3 Suntec Singapore Concourse ataupun secara online di SISTIC. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan