Pameran 'Into The Hawkerverse' bawa kanak-kanak susuri warisan budaya penjaja
Kesedaran tentang warisan budaya penjaja Singapura juga mahu ditingkatkan dalam kalangan kanak-kanak menerusi satu pameran khusus buat si cilik.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kesedaran tentang warisan budaya penjaja Singapura juga mahu ditingkatkan dalam kalangan kanak-kanak menerusi satu pameran khusus buat si cilik.
Buat julung-julung kalinya, Muzium Kanak-Kanak Singapura (CMSG) mempersembahkan sebuah pameran yang menampilkan evolusi serta keunikan budaya penjaja di Singapura.
Dipanggil 'Into The Hawkerverse', pameran tersebut sudahpun menarik lebih 50,000 pengunjung sejauh ini.
"Budaya penjaja merupakan satu aspek warisan Singapura yang sangat penting. Ia telah melalui evolusi daripada penjaja jalanan kepada budaya yang telah menyatukan warga berbilang bangsa untuk menjamu selera di satu tempat," kata Pengarah Muzium, Cik Asmah Alias kepada wartawan Syawal Yusoff.
Menurut Cik Asmah, pameran tersebut juga ialah antara usaha CMSG untuk meraikan pengiktirafan budaya pusat penjaja tempatan menjadi Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO sejak 2020.
"Ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk memastikan yang kami terus melakukan program dan aktiviti untuk menggalakkan orang ramai mengetahui lebih lanjut lagi mengenai budaya penjaja Singapura ini," ujarnya.
ELEMEN INTERAKTIF BERI PENGALAMAN SEPERTI DI PUSAT PENJAJA
Pameran tersebut dibahagikan kepada tiga galeri di lantai dua CMSG.
Sebuah ruang permainan juga dikhususkan bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun.
Sepanjang dua jam, kanak-kanak boleh meneroka sambil mencuba pelbagai elemen interaktif lagi menyeronokkan.
Dibangunkan seperti sebuah pusat penjaja sebenar, kanak-kanak juga berpeluang memainkan peranan sebagai seorang penjaja dan bermain 'masak-masak' di 'gerai-gerai' di pameran itu.
"Melalui pameran ini, kami menampilkan penjaja jalanan dan juga wira daripada budaya penjaja dan juga hidangan penjaja dan reka bentuk pusat penjaja. Kami berharap dapat membantu kanak-kanak dan ibu-bapa untuk memahami dan mendalami lagi mengenai budaya penjaja Singapura ini melalui pengalaman yang menyeronokkan iaitu pengalaman interaktif, penerokaan pelbagai deria dan juga pembelajaran berasaskan objek," tambah Cik Asmah.
Pameran tersebut yang dibuka sejak Mei lalu itu turut disokong Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
"Kami juga menyediakan program-program dan aktiviti yang berkaitan seperti bengkel kraf tangan yang berkaitan dengan budaya penjaja seperti mereka boleh membuat rantai kunci 'ais kacang' ataupun magnet 'kuih tutu'. Akan datang, kami akan adakan bengkel memasak antara ibu bapa dan kanak-kanak," tambah Cik Asmah.
IBU BAPA TERUJA DAPAT KONGSI KEUNIKAN BUDAYA PENJAJA DENGAN ANAK-ANAK
Antara lebih 50,000 pengunjung ke pameran ini ialah Cik Nur Zayanah Md Hazin dan anak-anaknya.
Cik Nur Zayanah mahu mengambil kesempatan sempena musim cuti sekolah ini untuk mendedahkan anak-anaknya kepada budaya penjaja ini.
"Apabila kami keluar makan di pusat penjaja, anak-anak saya sangat berminat dengan susun aturnya jadi kami rasakan patut untuk kami membawa mereka ke pameran ini,"kata ibu dua orang anak itu.
Beliau menambah, pameran tersebut juga boleh memupuk sikap ingin tahu dalam kalangan kanak-kanak.
"Saya gembira melihat mereka betul-betul meneroka dan ingin tahu lebih tentang barang-barang yang ada di sini. Mereka banyak bertanya dan dari situ kami dapat mengajar mereka dan mereka dapat lebih informasi tentang mengapa budaya penjaja sangat unik dengan Singapura, seperti kita dapat melihatnya di negara-negara lain. Jadi ia sesuatu yang boleh dibanggakan," jelasnya.
Pameran tersebut dibuka kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun yang ditemani orang dewasa.
Masuk adalah percuma bagi semua warga Singapura.
Orang ramai dinasihati supaya menempah slot mereka terlebih dahulu di lelaman berikut: https://www.nhb.gov.sg/childrensmuseum/whatson/exhibitions/into-the-hawkerverse
Pameran 'Into The Hawkerverse' akan dibuka sehingga 2026.
Selain pameran di CMSG, sebuah pameran bergerak juga diadakan dan menjelajah ke beberapa perpustakaan di Singapura sehingga Februari 2025.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.